GENIUS'15

GENIUS'15

Sunday, 17 May 2015

REFLEKSI KAMI yeahhh !!

SMPI OSEM !


(MUHAMMAD ASYRAF BIN ZAKARIA : PENGARAH)


Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan izin dan rahmatnya kami warga Janlinan Masyarakat (JM) kumpulan satu daripada Program Sarjana Muda Pendidikan Islam (SMPI) tahun satu di bawah pemerhatian Dr. Lukman bin Ibrahim berjaya melaksanakan program jalinan masyarakat kami dengan jayanya. Program yang kami rancang dengan teliti lebih sebulan, akhirnya selesai dilaksanakan dengan baik dan jayanya. Dengan nama program yang kami tetapkan iaitu Generasi Islam Untuk Semua (GENIUS), kami fokuskan kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah supaya memberi pendekatan kepada mereka tentang islam penghayatan islam dalam kehidupan mereka.

    Saya selaku pengarah tidak dapat tidak rasa bersyukur dengan sahabat-sahabat yang banyak membantu saya dalam melaksanakan program ini. Masing-masing menjalankan tugas masing-masing dengan baik dan segala masalah kami selesaikan dengan bersama. Kerjasama yang ditunjukkan antara semua pihak telah membantu antara satu sama lain untuk memastikan tugas-tugas yang dilaksanakan berjaya dengan baik. Selama empat hari program kami berlangsung banyak dugaan-dugaan yang kami dapat, terutamanya karenah adik-adik pelajar yang susah untuk dikawal. Namun begitu, saya melihat sahabat-sahabat saya terus kuat dan bersemangat untuk memastikan program tidak terganggu. Disinilah saya merasakan mereka sangat berkomitmen dalam menjalankan program ini selama empat hari.

    Seterusnya, pengalaman bersama adik-adik peserta memberi kami pengalaman yang sangat berharga. Dengan kehadiran adik-adik peserta banyak membantu kami untuk mempelajari dan merasai pengalaman menghadapi karenah segelintir adik-adik peserta yang bermasalah. Namun, ada peserta yang memberikan kami hiburan dan gelak tawa dengan gelagat adik-adik peserta yang mencuit hati. Sepanjang program ini, kami dapat menjalinkan ikatan ukhwah dan mahabbah terhadap adik-adik perserta. Diawal program kami melihat adik-adik peserta sangat tidak menunjukan disiplin dan kerjasama yang baik. Kami cuba menanamkan dalam diri peserta perkara berkaitan adab dan disiplin. Kemudian diakhir program kami membawa mereka kepada penghayatan dan muhasabah terhadap diri mereka, supaya mereka terasa didalam hati dan tidak mengabaikan didikan yang kami bawa untuk membentuk adap dan akhlak mereka.

    Selain itu, saya merasakan bahawa program seperti ini banyak memberi kami pengalaman dan pengetahuan yang berguna. Kami dapat mempelajari bagaimana mengenalpasti kelemahan masing-masing dan menyelesaikannya dengan baik. Malah daripada kerjasama setiap ahli mendekatkan lagi ukhwah antara satu sama lain. Tidak lupa saya lahirkan rasa berterima kasih terhadap pihak Masjid As-syakirin yang dibantu oleh Ustaz Yahya yang merupakan timbalan ketua imam masjid tersebut. Pihak masjid memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kami untuk melaksanakan program ini. Pihak masjid memberikan kami kemudahan yang lengkap seperti PA sistem, projector dan tempat tidur. Malah pihak masjid jugak menyediakan makanan kepada kami dan para peserta sepanjang program.

    Akhir sekali, saya berharap program ini dapat dibuat pada masa akan datang jika tiada halangan. Kerana, saya merasakan program ini bukan hanya sekadar mendapat lulus didalam segulung sijil. Malah, ia lebih kepada penghayatan dan tanggungjawap yang perlu digalas sebagai seorang muslim untuk memastikan islam terus menjadi agama yang membawa rahmat kepada masyarakat. Sekian sahaja coretan refleksi saya yang mampu saya ukirkan disini, saya memohon beribu kemaafan sepanjang penglibatan saya didalam program ini. Wallahualam, Assalamualaikum



(AINA SYAKIRAH MOHAMMED : TIMBALAN PENGARAH)



Syukur kepada Allah, program GENIUS telahpun selesai dijalankan selama 4 hari. Saya juga bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan sahabat-sahabat sekumpulan yang sangat memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini. Sedikit sebanyak salah faham dan percanggahan idea yang berlaku antara ahli kumpulan membuatkan ikatan ukhuwah kami lebih erat dan saling mengenali. Impaknya, selepas berakhirnya program GENIUS ini, hubungan kami lebih rapat.

    Selain itu, setiap AJK juga memainkan peranan masing-masing dengan bersungguh-sungguh. Lebih mengagumkan apabila masing-masing dapat menerima teguran dan kritikan rakan lain dengan hati yang terbuka demi kelangsungan GENIUS ini.Jutaan terima kasih secara peribadi saya tujukan buat sahabat-sahabat pelaksana GENIUS ini.

    Seterusnya, saya melihat bahawa GENIUS mencapai matlamat yang ingin dicapai. Ini dibuktikan apabila sahsiah peserta semakin baik yang mana pada mulanya mereka agak sukar dikawal dan pada akhir program yakni hari keempat, mereka semakin mudah untuk dikawal. Hasil GENIUS ini, kami AJK pelaksana berharap agar peserta dapat menghayati Islam sekaligus berakhlak dengan nilai-nilai Islam.
    
    Hakikatnya, tempoh masa selama 4 hari tersebut sangat singkat. Maka kami sebagai fasilitator berusaha sebaik mungkin menyelami hati adik-adik ini dan sedaya upaya mencuba membantu mereka menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi.

    Berdasarkan pemerhatian saya dan juga hasil perkongsian slot tazkirah maghrib bersama adik-adik ini.Saya yakin dan percaya sekiranya lebih banyak perhatian dan sokongan diberikan kepada mereka, sahsiah dan akhlak Islam yang kita mahukan mampu diterapkan dalam diri mereka. Saya juga percaya bahawa, kita golongan yang lebih dewasa harus embantu adik-adik ini mendepani cabaran globalisasi yang mereka lalui hari ini. Oleh itu,saya melihat ini meruakan peluang yang sangat bermakna kepada kami untuk mendekati adik-adik ini.

    Pada masa yang sama, melalui respon yang saya terima hasil perbualan bersama ibubapa yang mengadu bimbang berkenaan sikap anak-anak mereka saya semakin yakin dan percaya bahawa kami menggalas amanah membantu merealisasikan harapan ibubapa ini.Mereka sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.Saya sangat berbangga dengan penglibatan sebilangan ibubapa semasa program GENIUS sedang berlangsung.

    Akhir sekali, terima kasih atas kerjasama ibubapa yang menghantar anak-anak mereka dan juga pihak masjid yang banyak memberikan sumbangan dana dan sebagainya. Pengalaman ini tak mungkin dapat dilupakan dan pelbagai penambahbaikan daripada program GENIUS ini telah kami senaraikan agar dapat diperbaik pada masa akan datang. Semoga hubungan yang terjalin ini sentiasa berterusan. InsyaaAllah.



(AHMAD TAQIYUDDIN BIN ALIAS : BENDAHARI)





    Sepanjang melaksanakan program ini, banyak manfaat dan juga pengalaman yang diperolehi bukan sahaja dalam bentuk teori, bahkan juga amali juga disebut ilmu praktikal. Tidak dinafikan setiap pelajar itu mempunyai daya ketajaman akal yang dikurniakan Tuhan, akan tetapi kemantapan akal itu haruslah direalisaskan dengan daya tindakan yang benar-benar proaktif, realistik, dan efektif dalam mempengaruhi kemajmukan masyarakat di sekitar kota mahupun desa. Jika dikaji dari sudut matlamatnya, kursus ini amatlah menekankan nilai-nilai yang murni, memupuk nilai-nilai persaudaraan, membina identiti serta integriti diri, dan juga memupuk keprihatinan setiap diri pelajar untuk mengenali dunia diluar kampus.
    
    Selain itu, disiplin gerak kerja dalam sesebuah organisasi amatlah memainkan peranan yang sangat penting bagi menjayakan visi dan misi dalam sesebuah organisasi. Justeru, sikap bertoleransi dan semangat bekerjasama amatlah dititik beratkan dalam konteks kerja berpasukan. Tidak dinafikan juga, setiap kerja pasti di depani dengan pelbagai rintangan sama ada emosi, fizikal, dan pengkhususan masa. Namun bukanlah itu yang menjadi penghalang, kerana keyakinan kita bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan.

    Seterusnya, antara nilai lain yang diperolehi sepanjang melaksanakan program ini adalah nilai tanggungjawab. Alhamdulillah kesemua ahli pasukan mempunyai nilai ketertinggian dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan amanah dalam tugas. Saya juga amat berpuas hati dengan semangat kerjasama yang telah diberikan oleh setiap ahli kumpulan serta amat bersyukur kerana segala tugasan yang diberikan akhirnya siap dilaksanakan.

    Sebagai kesimpulannya, saya amatlah berharap agar segala ilmu yang diperoleh sepanjang berlangsungnya program ini akan terus memberi manfaat dan anjakan paradigma kepada diri, masyarakat, dan negara. Justeru itu, saya dengan rendah diri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Al-Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim, Penyelaras Kursus Jalinan Masyarakat (GXEX 1417) Kumpulan 1, yang menjadi asas kejayaan dan tulang belakang kepada kursus ini. Menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan atas segala salah dan silap, yang zahir mahupun yang khafiy sepanjang tempoh kebersamaan dalam menjayakan kursus ini. Sekian terima kasih.



(NAJWATUL ADIRAH BINTI RAMELI : SETIAUSAHA)


Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana saya dan rakan-rakan telah diberi peluang untuk mengadakan program khidmat masyarakat yang dikenali sebagai GENIUS bersempena dengan Kursus Jalinan Masyarakat yang merupakan kursus wajib bagi pelajar Universiti Malaya. Program GENIUS atau singkatan kepada ‘Generasi Islam Untuk Semua’ ini telah diadakan di Masjid Al-Khasyi’in Desa Petaling  pada 25, 26 April dan 2,3 Mei 2015 yang melibatkan pelajar dalam lingkungan umur 10-12 tahun.

      Saya berasa gembira kerana program ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Buktinya pihak masjid dan ibu bapa peserta melahirkan rasa kepuasan hati mereka terhadap hasil kerja kami. Ketika menjalankan program tersebut, saya mendapati bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan-rakan dan masyarakat amatlah penting dalam menjayakan sesuatu program. Jika tidak sesuatu program itu mungkin akan memakan masa yang lama untuk dijalankan. Sebagai contoh, walaupun kami telah dibahagikan tugas mengikut divisi masing-masing tetapi kami juga membantu rakan-rakan yang lain. Selain itu, program kami telah mendapat tajaan makanan sepenuhnya dari pihak masjid dan kami tidak perlu bersusah-payah mencari atau mengeluarkan dana untuk perbelanjaan makanan sepanjang program berlangsung.

       Di samping itu, kami berpeluang untuk mencurahkan ilmu yang sedia ada kepada para peserta di samping menimba ilmu dan pengalaman baru di tempat baru. Selain itu, program ini menjadi satu platform kepada kami untuk meningkatkan keyakinan diri apabila berucap di hadapan khalayak ramai seterusnya mengasah bakat kepimpinan dalam diri. Tambahan pula, program ini secara tidak langsung dapat membina silaturrahim antara kami dengan pihak masjid dan masyarakat sekitar masjid serta para peserta. Kami berasa sangat seronok kerana dapat berkenalan dengan masyarakat sekitar masjid yang murah dengan senyuman dan begitu peramah sehinggakan ada yang menjemput kami ke kenduri kahwin anaknya.

       Sehubungan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Anuar b. Mamat selaku pensyarah kursus ini yang memberi panduan kepada kami. Tidak lupa juga kepada Dr. Muhammad Lukman b. Ibrahim selaku penyelaras program kami yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan bagi melancarkan program ini. Sekalung penghargaan juga kepada Ustaz Yahya iaitu timbalan imam masjid dan masyarakat setempat serta rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu sepanjang program GENIUS berlangsung. Saya yakin tanpa usaha dan kerjasama dari semua pihak, mustahil segala aktiviti yang dirancang dapat dijayakan.

      Akhir kata, saya berharap program sebegini diadakan lagi pada masa akan datang bukan hanya semata-mata disebabkan untuk memenuhi syarat kursus universiti tetapi atas dasar ikatan hidup bermasyarakat.



(NOR AZIELA  BT MAT YAAKUB : TIMBALAN SETIAUSAHA)



Alhamdulillah,  segala puji bagi Allah dengan izinNya, kami kumpulan satu sarjana muda pendidikan islam Berjaya menyelesaikan program jalinan masyarakat kami iaitu yang bertemakan generasi islam untuk semua yang dikenali sebagai 'GENIUS'. Apa yang saya dapat sepanjang menjayakan program ini adalah sifat sabar dalam mendidik terutama dalam mendidik anak-anak yang masih kecil. Mereka sebenarnya masih belum mengerti dan kenal dunia yang sebenar kerana pada usia begini mereka baru belajar dan masih dalam fasa pembelajaran. Sesuai dengan peribahasa, merentung buluh biarlah daripada rebungnya, ibu bapa seharusnya mengambil berat tentang pendidikan agama anak-anak mereka. Salah satu caranya ialah mereka menghantar dan membenarkan anak-anak mereka  menyertai program keagamaan yang dianjurkan seperti program yang kami jalankan. Selain itu, dengan melaksanakan program ini, ia membantu saya memahami jiwa kanak-kanak yang suka bermain, sensitif, inginkan perhatian dan kasih sayang serta didikan yang semurna. Pada masa kecillah ibu bapa perlu mencorakkan apa yang mereka mahu. Di samping itu, saya juga dapat belajar bagaimana cara untuk mendidik anak-anak serta pelajar- pelajar saya pada masa akan datang. Sejujurnya, apa yang jelas berlaku sekarang ibu bapa hanya memberikan anak mereka kemewahan dan kebebasan bukan kasih sayang dan pendidikan yang sewajarnya. Mereka sebenarnya salah, sesungguhnya pendidikan agama merupakan teras untuk membina keunggulan akhlak seseorang. Jadi, kesimpulannya ibu bapa memainkan peranan utama dalam mendidik generasi islam masa kini agar menjadi orang yang berguna. Sementara itu, guru-guru menjadi pembantu dalam mendidik generasi sekarang.  Wallahua'lam.



(MOHD NASRUDDIN IHSAN BIN ZAKARIA : BIRO PENGISIAN)


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program “Generasi Islam Untuk Semua” ataupun dalam singkatan ‘GENIUS 15’. Program yang berlansung selama 4 hari satu malam ini sangat bermanfaat dan memberi satu impak yang positif kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Secara umumnya,program sebegini mempunyai pro kontranya yang tersendiri dalam pelaksanaannya. Pelbagai perspektif yang dapat saya kemukakan mengenai program ini. Dalam erti kata lain pandangan peribadi yang tiada benar atau salahnya dalam mengemukakan pandangan masing-masing. Pandangan itu hak peribadi individu, tiada salahnya pandangan yang dikemukan itu berbentuk kritikan negatif atau pujian kerana masing-masing mempunyai sudut pandangan yang berbeza. Kadangkala, perbezaan perspektif individu itulah yang saling menyempurnakan sesuatu perkara itu.

    Pandangan umum saya terhadap program ini,secara keseluruhannya ini adalah salah satu program yang sangat relevan untuk dilaksanakan dalam kalangan masyarakat bersesuaian dengan subjek Jalinan Masyarakat. Berkenaan program yang dilaksanakan, saya tertarik untuk memberi pendangan terhadap golongan sasar dalam program ini. Pihak kami mensasarkan golongan kanak-kanak.Pada pandangan saya, pemilihan kanak-kanak sebagai golongan sasaran ini sangat bertepatan dengan tema program iaitu ‘Generasi Islam Untuk Semua’. Saya yakin timbul persoalan dibenak fikiran kenapa kami mendahulukan serta mengsasarkan golongan kanak-kanak dalam program ini, pertamanya kerana kami melihat potensi dan keupayaan kami dalam membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat. Bukan mahu merendah-rendahkan diri kami, tetapi ianya satu titik permulaan buat kami mengembangkan potensi yang sedia ada. Tidak salah untuk memulakan langkah berhadapan dengan golongan muda terlebih dahulu sebelum mengsasarkan golongan yang lebih tua.
Kedua, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Kanak-kanak merupakan generasi yang akan mencorakkan masa depan masyarakat itu sendiri, kami mensasarkan golongan ini kerana mahu melihat sejauh mana penguasaan golongan kanak-kanak masa kini dalam memelihara nilai-nilai agama yang semakin pudar dalam masyarakat terutamanya dalam penjagaan solat-solat fardhu yang merupakan titik tolak dan perkara asas yang wajib dalam agama. Melalui pemerhatian dan pandangan peribadi saya terhadap peserta-peserta, dalam pelaksaan solat fardhu tidaklah begitu mengecewakan kerana masih ada nilai-nilai kesedaran dalam kalangan kanak-kanak terhadap kepentingan solat. Saya yakin dengan hal yang dinyatakan kerana saya melihat ibubapa kanak-kanak itu sendiri mempunyai nilai kesedaran terhadap perkara ini. Buktinya, kebanyakan ibubapa yang tinggal berdekatan menunaikan solat di masjid berkenaan. Pernah juga saya bertanyakan kepada salah seorang peserta program berkenaan solat. Alhamdulillah, jawapan yang keluar daripada mulutnya mengembirakan hati saya apabila saya mendengar jawapan yang positif, setiap kali berkumandangnya azan subuh, bapanya membawanya bersama-sama ke masjid. Sangatlah bermanfaat sekiranya ibubapa mampu mendidik anak-anak dengan contoh teladan serta menerapkan corak-corak agama dalam diri anak-anak sejak dari kecil. Betapa beruntungnya masyarakat yang mengambil berat akan hal agama dalam kehidupan tanpa menolak sebarang pembaharuan.

    Berkenaan tempat pelaksaan program, masjid yang berpusat diantara bangunan perumahan flat dan dua buah sekolah itu sangat strategik kedudukannya. Masjid yang dinamakan dengan nama Masjid Al-Khasyii’n itu hidup dengan suasana yang agak tenang dengan kegiatan masyarakat sekeliling seolah-olah menggambarkan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat Desa Petaling untuk menjalinkan silaturrahim melalui aktiviti kemasyarakatan,senibina masjid yang agak cantik pada saya. Pengalaman pertama di masjid berkenaan sewaktu pertama kali berjumpa dengan imam masjid, saya sangat teruja dengan keperibadian imam masjid yang dikenali sebagai Ustaz Yahya. Pertama kali bertemu dengannya, kami beranggapan bahawa dia berasal dari Kelantan melalui loghat bahasa yang meniti dibibirnya. Setelah bertaaruf, ternyata sangkaan kami agak meleset kerana Ustaz Yahya berasal dari Sarawak namun fasih dengan loghat Kelantan kerana majoriti imam,bilal dan ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik di masjid berkenaan berasal dari Kelantan dan bertutur dalam bahasa Kelantan.Itu maklumat yang saya peroleh darinya. Berkenaan tempat,ianya agak sesuai dan sangat selesa dengan suasana masjid yang tenang dan bersih. Sangat sesuai untuk aktiviti kemasyarakatan.
Mengenai aktiviti yang dijalankan, tiada sebarang pandangan negatif untuk saya lontarkan. Apa yang mampu saya katakan,semuanya agak memuaskan. Saya berpendapat dalam setiap program, mestilah ada beberapa masalah yang akan timbul. Namun jangan melihat ianya sesuatu yang menghalang kita kerana masalah adalah merupakan perkara yang biasa dan tidak boleh dielak sama sekali dalam apa jua keadaan sekalipun. Pandanglah ia sebagai suatu cabaran untuk kita lebih maju kehadapan. Berkenaan ahli-ahli kumpulan jalinan masyarakat saya sendiri, saya panjatkan kesyukuran kerana setiap ahli memberi komitmen yang sepenuhnya walaupun kadangkala sibuk dengan urusan-urusan yang lain. Syabas saya ucapkan kepada mereka. Saling menyokong antara satu sama lain dalam menjayakan aktiviti. Keseluruhan ahli kumpulan menunjukkan sikap bertolak ansur antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kami sebagai fasilitator perlu membahagikan tugasan untuk mengelakkan kepenatan yang melampau dalam setiap slot serta mempunyai tenaga dan masa tidur yang cukup. Kadangkala fasilitator perlu kreatif kerana beberapa slot yang dijalankan terlaksana mengikut apa yang tidak kami jangkakan. Disebabkan itu, beberapa slot kadangkala mempunyai masa yang terluang dan perlu diisi dengan beberapa aktiviti mengikut kekreatifan para fasilitator. Namun,pada pandangan saya, hal ini bukanlah satu masalah kepada kami kerana tidak semua perancangan mengikut apa yang dirancang. Apa yang berlaku, itu adalah yang terbaik untuk kita.

    Berkaitan sikap para peserta, pada pandangan saya komitmen mereka agak baik walaupun kadangkala melakukan sesuatu diluar kawalan kami. Perlu difahami dengan sikap kanak-kanak yang kadangkala melakukan sesuatu hal yang tidak disukai. Kitalah yang berperanan untuk memberi teguran dengan sewajarnya tanpa mengikut kehendak emosi.Perlu kepada teguran. Kita berperanan menunjukkan kasih sayang kepada kanak-kanak. Boleh jadi kasih sayang itulah yang memberi kefahaman kepada kanak-kanak untuk memahami apa yang cuba kita sampaikan. Ketegasan itu perlu,ya benar tetapi kita perlu faham mengikut situasi. Sekiranya teguran itu mengikut emosi,dibimbangi apa yang dirancang tidak mampu dilaksanakan kerana sekelumit amarah di dalam hati kanak-kanak.

    Tolak ansur dan kesabaranlah yang kita perlukan dalam mendidik kanak-kanak.
Akhir kalam,secara keseluruhannya program ini sangat efektif dan berkesan kepada masyarakat berdasarkan apa yang dinilai masyarakat kepada kami. Respon positif daripada masyarakat amat kami hargai. Apa yang mengejutkan, ada juga permintaan supaya dilaksanakan program untuk kaum ibu, Mungkin kerana mereka melihat kami membawa sedikit impak kepada anak-anak mereka. Kami memohon maaf para ibu sekalian,kami belum sepenuhnya bersedia untuk melangkah sejauh itu dengan persedian yang tidak seberapa. Namun,akan kami cuba usahakan bagi meningkatkan kefahaman terhadap agama dalam kalangan masyarakat dengan penambaikan ilmu pengetahuan dalam diri kami. Jika dilihat kembali,relevan juga cadangan yang dikemukan itu kerana terdidiknya anak-anak yang soleh dan solehah daripada seorang ibu mithali. Sekian sahaja coretan daripada saya, segala kekurangan mohon seribu kemaafan. Jutaan terima kasih buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Majulah generasi Islam untuk semua.




(NUR QADEERAH BT THARIC : BIRO PENGISIAN)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Untuk selama-lamanya, saya bersyukur ke hadrat Ilahi, Allah pencipta sekalian alam di atas kesempatan saya bagi sama-sama mengendalikan serta menyelesaikan projek Jalinan Masyarakat bersama ahli kumpulan yang lain dari kumpulan 1 yang diber nama GENIUS dengan jayanya. Alhamdulillah.

    Sepanjang berjalannya program GENIUS ( Generasi Islam Untuk Semua) yang dijalankan di Masjid Al-Khasyi’in, Taman Desa Petaling ini, antara refleksi yang dapat saya kongsikan adalah pengisian yang dibawakan serta diterapkan di dalam program ini sangat sesuai dan dapat diterima oleh peserta-peserta program ini sendiri. Peserta yang rata-rata berusia 10 ke 12 tahun ini menerima baik setiap slot yang dikongsikan oleh para fasilitator. Saya sendiri sebagai Timbalan Pengarah Biro Pengisian dan dibantu oleh fasilitator yang lain selesa dengan slot-slot yang disediakan.

    Seterusnya, komen umum ataupun refleksi terbuka saya ialah program yang dijalankan berjalan dengan baik kerana kerjasama daripada pihak masjid dan masyarakat setempat di kawasan program membantu kelancaran program dan menggalakkan program yang baik dan mendidik seperti ini terus hidup dalam kalangan dalam masyarakat. Sebagai tetamu, kami pihak mahasiswa merasa tidak kekok dan selesa berhubung dengan masyarakat Taman Desa Petaling yang menerima baik kunjungan kami.

    Selain itu, setiap perjalanan dan pergerakan program ini akan dimuatnaik ke blog yang khusus untuk perkongsian daripada kumpulan Jalinan Masyarakat yang turut akan dinilai oleh pensyarah matapelajaran ini. Daripada blog yang menceritakan setiap tentatif, kami dapat berkongsi aktiviti sosial yang dikira penting untuk diketahui oleh semua lapisan masyarakat.

    Kesimpulannya, program ini ada cacat celanya tapi lebih banyak membawa kebaikan dan manfaat kepada banyak pihak terutamanya kepada peserta-peserta yang masih muda serta berfikiran mentah itu. Program ini diharap dapat dikembangkan oleh mana-mana pihak dalam menyebarbaik ilmu-ilmu Allah kepada semua lapisan masyarakat



(SITI JULEKHAH BINTI AB WAHAB : BIRO PENGISIAN)



Assalamualaikum.Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya kami kumpulan satu bagi subjek Jalinan Masyarakat Program Sarjana Muda Pendidikan Islam berjaya menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.Kumpulan kami memilih untuk mengadakan program Generasi Islam Untuk Semua ( GENIUS ) bersama-sama kanak-kanak Taman Desa Petaling di Masjid Al-Khasyi’in.Kami mengadakan program di masjid tersebut selama empat hari iaitu pada 25 -26 april dan 2-3 mei.

    Saya berasa sangat beruntung kerana berpeluang untuk merasai pengalaman sepanjang pelaksanaan program ini berlangsung.Persiapan yang rapi dan terancang amat diperlukan dalam sesuatu program tidak kira besar atau kecil.Sepanjang pelaksanaan Program ini saya telah dapat mempelajari banyak perkara antaranya ialah perlu hadir  setiap perjumpaan  mengikut waktu yang ditetapkan,berkerjasama dengan ahli kumpulan dalam gerak kerja,persediaan dalam menghadapi masalah-masalah yang tidak diduga semasa program berlangsung dan banyak lagi.

    Selain itu,semasa program GENIUS siri satu diadakan,saya berpendapat bahawa kanak- kanak sangat memerlukan program-program motivasi dan juga keagamaan.Hal ini demikian kerana,ramai kanak-kanak tidak mengetahui dan memahami ilmu agama terutamanya ilmu Fardu Ain dengan betul.Kebanyakan mereka hanya mengetahui secara teori bukan praktikal.Oleh itu,kami telah mendedahkan kepada peserta program GENIUS dengan praktikal wudhu dan solat yang betul.Kami turut memupuk semangat solat berjemaah dalam diri peserta.

    Pada siri dua,kami turut mendedahkan para peserta dengan surah-surah dalam al-quran yang mengisahkan pelbagai cerita yang sangat bermanfaat.Kami juga membantu mereka untuk lebih berdisiplin ketika berada di masjid.Pelbagai aktiviti yang menarik dapat kami laksanakan supaya para peserta dapat beroleh perkara bermanfaat sambil berseronok seperti menyelam sambil minum air.Para peserta juga diberi slot ‘muhasabah diri’ yang sangat memberi kesan bukan sahaja kepada peserta tetapi para fasilitator juga.Dalam slot tersebut banyak iktibar  yang para peserta perolehi antaranya  patuh kepada ibu-bapa,melaksanakan tanggungjawab dan sedar bahawa azab kubur bagi orang yang lalai itu sangat pedih.

    Oleh itu,bagi saya program GENIUS berjaya mencapai objektifnya meskipun terdapat beberapa kekurangan yang berlaku semasa program.Namun,perkara tersebut adalah lumrah dalam beraktiviti.Melalui kekurangan yang berlaku kami dapat belajar banyak perkara dan dapat memperbaiki diri untuk di masa akan datang.Saya berharap pengajaran dan pengalaman yang diperolehi daripada program ini dapat membantu dan membina diri kami supaya menjadi insan yang bernilai serta berguna untuk individu,masyarakat dan Negara.



 ( KHAIRUN NOR SYIFAQ BINTI KHAIRUDDIN : BIRO MULTIMEDIA)



Alhamdulillah setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah memberi peluang kepada kami semua untuk menyelesaikan program Jalinan Masyarakat SMPI Kumpulan 1 yang diberi nama ‘GENIUS’.

    Sepanjang program ini berlangsung, saya dapat mengambil iktibar tentang beberapa perkara antaranya ialah saya sangat kagum dengan masyarakat sekitar Masjid Taman Desa Petaling. Mereka sangat mengimarahkan masjid tersebut baik dari segi solat jemaah, aktiviti keagamaan seperti usrah dan kursus anjuran pihak masjid mahupun aktiviti kemasyarakatan seperti kenduri perkahwinan.
Masyarakat di sini juga sangat meraikan tetamu. Mereka sangat mengalu alukan kedatangan kami sehingga apabila program berakhir mereka menyuruh kami mengadakan aktiviti aktiviti untuk golongan dewasa pula. J Saya juga sangat mengagumi semangat peserta yang menyertai program ini. Mereka tidak putus-putus bertanya apakah aktiviti seterusnya dan mereka sangat teruja terhadap setiap slot yang kami bawakan. Malahan ketika program berakhir, mereka memberi cadangan agar kami membuat program tersebut pada tiap-tiap minggu.

    Seterusnya refleksi bagi pihak saya sendiri sebagai biro multimedia, saya merasakan tugasan ini memang tidak dapat dipisahkan dengan diri saya sejak dahulu lagi. Antara skop tugasan multimedia sebelum program ialah mencari baju yang seragam untuk team kami, mendesign button badge, menulis blog, membuat video pengenalan, dan mencari video yang sesuai untuk slot pengisian. Manakala, pada hari program pula, saya ditugaskan untuk menjaga dan memastikan peralatan multimedia berfungsi dengan baik. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah teknikal. Seterusnya biro multimedia juga dikehendaki mengambil seberapa banyak gambar program sebagai kenang-kenangan untuk dimasukkan ke dalam blog. Setelah program tamat, biro multimedia ditugaskan untuk mengemaskini segala perjalanan program di blog. Saya berharap jika masih diberi peluang untuk memegang biro multimedia pada masa akan datang, saya dapat menghasilkan output yang lebih menarik.

    Akhir sekali, program Jalinan Masyarakat ini juga dapat mengeratkan ukhuwah antara kami. Memandangkan bilangan pelajar program pendidikan Islam sangat ramai kira kira 90 orang, kami kurang mengenali antara satu sama lain. Dengan adanya program seperti ini, kami dapat mengenali antara satu sama lain. Harapan saya agar program seperti ini dapat diadakan lagi kerana ia begitu memberi pengalaman yang berharga kepada kami semua. Subjek Jalinan Masyarakat juga dapat mendedahkan kami dengan dunia luar, iaitu bukan dunia kampus semata mata malahan dapat menjalin kemesraan dengan masyarakat luar.



( NURUL WAHIDA AMALIN BINTI ABD HALIM : BIRO MULTIMEDIA )




Yang tengah. hehe


Segala puji-pujian dipersembah ke hadrat Allah SWT. DariNya kita memohon pertolongan dan keampunan , serta perlindungan-Nya dari gangguan syaitan. Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh Allah SWT ,maka mereka tidak sesat selamanya . Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya. Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat  Allah swt .Ucapan selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat
.
    Alhamdulillah ,bersyukur kehadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dariNya, saya sebagai biro multimedia telah dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya. Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya dalam mengumpul bahan-bahan dan maklumat untuk di jadikan teras dalam program Genius15 pada kali ini terutamanya kepada 'partner' saya, syifaq .Seterusnya, tak lupa juga kepada pensyarah penasihat saya, DR MUHAMMAD LUKMAN B. IBRAHIM yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar.

    Baru-baru ini telah diadakan program GENIUS15 yang dianjurkan oleh kumpulan 1 Jabatan SMPI Tahun 1 khusus untuk pelajar sekolah rendah ( darjah 1- darjah 3). Tarikh program Genius15 terpaksa ditukar sebanyak 2 kali untuk mengimbangkan desakan kami sebagai mahasiswa yang tersepit diantara minggu dan kuliah yang padat. Akhirnya melihat kepada masa terluang masing-masing, kami berupaya menetapkan pada 25-26 April 2015 dan 2-3 Mei 2015 sebagai tarikh paling optimum untuk majoriti. Program kami melibatkan 2 siri dan 1 program khas iaitu program sembelihan yang diadakan sebelum pada tarikh sebenar program Genius15 bermula iaitu pada 18 April 2015. Jenis dan lokasi program juga terpaksa ditukar sebanyak 2 kali selepas berjumpa dengan Abang Aziz yang memikirkan halangan-halangan yang mungkin kami hadapi. Alhamdulillah semua itu berakhir dengan keputusan yang terbaik dan Genius15 merupakan keputusan kami bersama. Urusan kami dipermudahkan oleh Allah kerana penasihat kami, Dr.Lukman Ibrahim ada hubungan baik dengan Masjid Al Khasyiin yang merupakan tempat program kami dan Sekolah Taman Desa Petaling merupakan penyumbang besar peserta untuk program Genius15. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Mungkin ini program Genius15 yang pertama yang saya anjurkan bersama sahabat-sahabat jabatan. Masakan tidak, proses menganjurkan kali ini penuh pelbagai liku. Saya hampir berputus asa tetapi mendapat kekuatan daripada kawan-kawan jua.

Sekadar nak berkongsi kejadian yang berlaku dalam tempoh 4 hari berprogram. Pada hari pertama, macam biasa pendaftaran dan taklimat awal pada para peserta atau kami lebih suka memanggil dengan panggilan adik-adik yang nampak lebih mesra. Waktu itu, kerja saya lebih kepada pemerhati. Saya melihat tingkah laku adik-adik yang saya kira agak nakal sepanjang program yang kebanyakan memang aktiviti berada dalam masjid sahaja.

    Rentetan daripada sikap adik-adik yang kurang mendengar kata itulah tercetusnya slot muhasabah diri yang tanpa dirancang oleh kami. Malam yang ditunggu tiba jua. Perkongsian dan aktiviti dalam slot muhasabah diri yang saya kira begitu ekstrem ala-ala tamrin itu dengan masa yang singkat itu amat meninggalkan kesan kepada banyak hati mereka. Saya melihat mereka menangis, saya melihat mereka meraung dengan bersungguh-sungguh. Sedih hati ini melihat mereka. Saya yakin ianya sebuah perkongsian yang ikhlas dan luhur untuk melihat generasi Islam yang cemerlang dunia dan akhirat. Empangan air mata saya pecah…… (saya percaya bukan saya seorang), 60 minit sesi drama antara fasi dan peserta berlangsung. Semuanya terkedu tanpa bicara hanya mengikut rentak yang dirancang. Nota ringkas perkongsian yang sungguh hiba dan syahdu:
• Mendidik anak zaman ini sememangnya mencabar dan ianya harus dilakukan dengan cara yang lembut, penuh kasih sayang. Mungkin cara disiplin ala-ala tentera, paksaan atau kekerasan tidak relevan lagi.
• Ketahuilah… anak kita memiliki perwatakan yang berbeza di rumah, di sekolah, dan disamping teman2… jangan ingat apa yang ada di depan mata kita itulah yang dibawa ke luar sana. 


    Selain itu, apa yang saya dapat daripada program ini ialah ukhuwah. Kalau bukan kerana program ini  tidak mungkin saya kenal mereka semua. Hanya sebelum ini mengenali Amir,Izam dan Hamdan sahaja untuk lelaki dan beberapa orang sahaja untuk akhowat. Dalam program ini, kami mengambil peluang untuk mengenali antara satu sama lain. Bila masing-masing dah kenal, saya jatuh hati pada mereka semua. Alhamdulillah, mereka semua sangat baik dan bekerjasama.

    Program yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang ini melibatkan aktiviti LDK,tayangan video, praktikal dari fasilitator, kemahiran para peserta dan sebagainya. Pemilihan bagi setiap aktiviti juga bagi mengeratkan silaturrahim. Saya telah diberi amanah untuk memegang jawatan sebagai Biro Multimedia di mana saya perlu menyiapkan poster,design button badge, design baju, tayangan video yang sesuai untuk setiap slot, blog ini sendiri,video pengenalan dan majlis penutup, mengambil gambar sepanjang program untuk dimasukkan dalam blog ini dan sebagainya. Saya telah dibantu oleh seorang sahabat baik saya sendiri iaitu syifaq bagi menyempurnakan tugasan ini memandangkan hanya kami berdua sahaja dari biro multimedia.


    Sebagai seorang yang memegang biro multimedia dan anak buah kepada Pengarah program, saya telah melakukan yang terbaik dalam menyumbang dan menyempurnakan tugas serta tanggungjawab saya. Saya juga telah menggunakan seluruh kebolehan saya dalam bidang multimedia untuk disumbangkan bagi memastikan kelangsungan program ini walaupun tidak sempurna.


    Antara nilai, yang dapat saya simpulkan melalui program Genius15 ini ialah bekerja sebagai sebuah pasukan di mana komunikasi antara anak buah dan ketua. Komunikasi memainkan peranan yang amat penting iaitu komunikasi diantara sesama ahli-ahli kumpulan bagi mewujudkan perjalanan program yang sistematik dan cekap Selain itu, nilai kreativiti juga dapat diterapkan melalui program seumpama ini. Contohnya, saya dan partner saya telah dapat menyiapkan blog, 'design' button badge serta 'design' baju yang memuaskan hati semua pihak. Dalam mengendalikan sebuah blog ini, saya dapat mengajar diri saya supaya tahu erti kesabaran. Saya perlu membahagikan masa dengan sebaik-baiknya diantara menulis blog dengan 'assignment'. Ternyata sangat perit dan susah dalam nak menyiapkan sesuatu penulisan dalam setiap entry ini. Tetapi, saya banyak belajar daripada  blog Genius15 ini walaupun penat.


    Terima kasih diucapkan kepada ahli biro multimedia  kerana sudi membanting tulang dan memerah keringat memikirkan idea bagi menghasilkan design baju, button badge, dan blog. Semua diatas tidak mampu dilakukan sendirian tanpa adanya kerjasama antara ahli biro. Secara jujurnya, saya bersyukur mendapat 'partner' seperti Khairun Nor Syifaq.

    Akhir kalam, saya berharap ilmu yang dicurahkan sepanjang program genius15 ini para peserta  beroleh  manfaat yang banyak bukan sahaja dari segi teori tapi praktikal jua. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan program ini. Saya percaya, sesuatu yang dilakukan bukan atas dasar nilai subjek jalinan masyarakat semata pasti membuahkan sesuatu yang diluar jangkauan minda. Dengan pengalaman ini, mengapa tidak saya dan ahli kumpulan kami menganjurkan lagi program yang sebegini rupa untuk memberikan peluang kepada anak-anak di luar sana.




(HUSNA AMIRA BINTI MOHAMAD : BIRO TAJAAN)





Alhamdulillah, pada tarikh 25 dan 26 April serta 2 dan 3 Mei,kami telah berjaya menjalankan program jalinan masyarkat kami yang diberi nama Generasi Islam Untuk Semua (GENIUS) bersama penduduk Taman Desa Petaling di Masjid Al Khasyi’in. Program ini melibatkan kanak –kanak berumur 10 hingga 12 tahun tetapi terdapat juga ibu bapa yang menghantar anak mereka yang berumur 7 dan 8 tahun.ini menunjukkan mereka mempunyai pandangan positif terhadap program yang kami jalankan.

      Pada 18 April kami telah dijemput untuk menghadiri program sembelihan anjuran masjid tersebut. Kami telah diajar cara untuk menyembelih dengan betul dan sebahagian daripada kami berjaya menyembelih beberapa ekor ayam. Ianya merupakan pengalaman yang sangat berguna dan menarik bagi kami . Perkara yang mengagumkan saya semasa program sembelihan ini berlangsusng ialah banyak warga tua yang menghadiri majlis ilmu ini dan semangat mereka untuk belajar amat saya kagumi.

       Selepas program tamat dengan jayanya, saya dapat rumuskan bahawa perkara yang paling dalam menggerakkan sesuatu program ialah kerjasama antara semua ahli . Setiap ahli hendaklah memberi kerjasama yang baik dan berkomunikasi secara baik di antara satu sama lain.  Mendapat kerjasama yang baik daripada setiap ahli membantu menjayakan setiap slot yang telah dirangka dengan teliti. Seterusnya, setiap slot yang dijalankan akan mudah dilaksanakan sekiranya setiap ahli faham akan skop tugas yang akan dilakukan oleh setiap orang. Justeru itu, kerjasama dan komunikasi antara ahli ialah perkara paling penting dalam sesuatu kerja organisasi.

      Selain itu, nilai tambah baik yang saya dapat ialah saya mendapati suasana harmoni sentiasa wujud di persekitaran masjid ini. Masyarakat di taman tersebut sentiasa menunaikan solat berjemaah pada setiap waktu. Hal ini mengagumkan saya kerana kawasan masjid tidak pernah kosong sepanjang saya berada di sana. Seterusnya, pembudayaan ilmu sentiasa subur dan amat memberangsangkan di kawasan terbabit. Saya mendaoat setiap ibu bapa di kawasan ini berlumba- lumab untuk menghantar anak mereka untuk mempelajari ilmu sama ada ilmu agama ataupun ilmu pertahanan diri. Suasana ini benar-benar membuatkan saya kagum akan semangat yang mereka ada.


        Akhir kalam, saya ingin berterima kasih buat semua yang memberi kerjasama yang baik dan pengalaman yang cukup berharga buat diri saya sepanjang program ini berlangsung. Tidak lupa juga kepada pihak pengurusan masjid yang bertungkus lumus membantu kelancaran program kami dan khususnya kepada Ustaz Yahya kerana memberi peluang kepada kami untuk melaksanakan program jalinan masyarakat di Masjid Al Khasyi’in. Dan seterusnya kepada setiap ahli GENIUS , terima kasih saya ucapkan atas pengorbanan kalian dan masa yang kalian sumbangkan untuk sama-sama menjayakan program ini.




(NUR HIDAYAH BINTI ABDUL HAMID : BIRO TAJAAN)






Sebagai seorang mahasiswa, saya berasa amat bertuah kerana diberi ruang dan peluang untuk belajar erti kehidupan melalui dunia luar, sebuah pengalaman atau ilmu yang tidak terdapat di dalam kitab-kitab pelajaran yang dikupas isinya di dalam kuliah. Usaha pihak universiti dalam menggalakkan mahasiswa supaya cakna akan hal-hal luar dengan mewujudkan subjek “jalinan masyarakat’’ ini seharusnya didukung oleh semua pihak agar matlamat dan objektif  utama dapat dicapai.

       Melalui program yang saya dan sahabat-sahabat lainnya telah aturkan, secara jujurnya banyak manfaat yang kami telah perolehi daripada organisasi ini. Kami menjadi lebih berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk serta memberi komitmen sepenuhnya bagi menjayakan program kami yang diadakan selama empat hari tiga malam bersama peserta yang semuanya masih belajar di sekolah rendah.

       Selain mencuba sedaya upaya dalam memenuhi kehendak peserta, kami juga berusaha untuk mewujudkan komunikasi dua hala antara kami (fasilitator)  dengan ibubapa peserta yang tidak putus-putus menggalakkan kelanjutan program seperti ini untuk terus diadakan. Selain itu, Kami juga dapat berkongsi dan menjiwai semangat ibubapa dalam melahirkan anak-anak yang cemerlang penguasaan ilmu agamanya.

      Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru pembimbing bagi kumpulan kami iaitu Dr.Luqman bin Ibrahim yang sentiasa memberi tunjuk ajar dalam merangka seterusnya menjayakan program ini, sahabat seperjuangan yang saling membantu dalam segala hal, pihak masjid atau tuan rumah yang sudi menyediakan keperluan program, ibubapa peserta dan akhir sekali adik-adik peserta yang sentiasa bersemangat semasa program sedang dijalankan.




(MOHD HAMDAN SYAKIRIN BIN NOOR MOHAMAD : BIRO MAKANAN)





Assalamualaikum..

Alhamdulillah….selesai sudah program Genius ,saya amat  bersyukur kerana dapat mengenali ramai orang melalui program ini. Program ini bukanlah mudah untuk dibuat, tetapi ia akan menjadi lebih lancar jika semua yang terlibat memberi kerjasama penuh dalam setiap aspek. Dengan itu, saya ingin berterima kasih kepada semua teman-teman saya kerana bersungguh-sungguh dalam memberi kejasama penuh terhadap program ini. Tidak lupa juga kepada adik-adik peserta yang datang membawa seribu makna buat saya, pelbagai ragam itu sudah semestinya mencuit hati abang dan kakak fesi sepanjang program berlangsung.

    Seterusnya,tidak lupa juga kepada ibubapa yang sudi membenarkan anak-anak mereka bertandang menimba ilmu di Masjid Al-khashiin, terima kasih banak-banyak. Tidak lupa juga kepada orang-orang kampung yang sudi menjayakan program ini, tidak lokek untuk memberi segala pertolongan yang termampu. Sebagai ajk makanan , saya ingin berterima kasih kepada tukang masak yang sentiasa peka dengan tugas dari segi masa dan citarasa sehingga mendapat pujian ramai dari abang dan kakak fesi serta peserta, disini saya mempelajari bahawa kesempurnaan itu mestilah datang daripada hati yang ikhlas.

    Akhir sekali, saya ingin memohon maaf atas segala silap salah sepanjang program. Terima kasih kepada ust Yahya selaku wakil masjid yang sentiasa memberi semangat , dorongan serta nasihat yang sangat berguna kepada kami semua. Ucapan terima kasih juga kepada Ust luqman Ibrahim selaku penyelaras program yang memberi cadangan dalam membuat program ini.

Terimalah serangkap pantun ini

tanam lenggun tumbuh kelapa 


terbit bunga pucuk mati 

budi tuan kami tidak lupa 

telah terpahat didalam hati 





(SYAFIQAH NADIAH BINTI ABD RAHMAN : BIRO MAKANAN)



Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kami,pelajar  kumpulan pertama dari Jabatan Pendidikan Islam seramai 22 orang telah berjaya menunaikan tanggungjawab kami untuk menyempurnakan 56 jam kredit bagi subjek yang diwajibkan oleh pihak Universiti Malaya iaitu Jalinan Masyarakat. Kami telah berpeluang turun padang Masjid Al-Khashiin sebanyak dua siri untuk program bersama pelajar sekolah rendah.

          Melalui program yang kami jalankan ini, terdapat banyak pengajaran dan pengalaman yang saya lalui dan saya belajar darinya. Antaranya ialah kami dapat mempelajari tatacara dalam menguruskan sesuatu program dimana pengalaman sedemikian tidak boleh didapati di dalam bilik kuliahda secara teori semata-mata. Alhamdulillah dengan bantuan para pensyarah kami, rakan-rakan serta sokongan daripada pihak masjid akhirnya kami dapat menguruskan program dengan baik.

          Selain itu, melalui program ini juga kami dapat mempelajari cara untuk mendidik jiwa kanak-kanak dimana tugas ini bukanlah suatu tugas yang mudah. Ini disebabkan di usia kanak-kanak sebegini mereka mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling dan budaya-budaya negatif yang terdapat di sekeliling mereka. Tambahan pula, mereka hidup di zaman yang penuh cabaran ini. Jadi,tugas untuk mendidik mereka menjadi tugas yang sangat mencabar untuk melahirkan satu generasi Islam yang melaksanakan syariat Allah dan memakmurkan dunia sesuai dengan kehendak-Nya.
           Di samping itu, kami dapat mendalami pengetahuan agama kami tentang solat dan ibadah kami sekaligus meningkatkan dan memperbaikinya dari semasa ke semasa. Ini juga penting kerana kadangkala kita terlupa untuk memeriksa hal-hal yang asas dan remeh dalam hidup kita sehingga membawa kwsan yang besar dalam kehidupan kita, Jadi, di samping dapat mengajar para peserta berwuduk dan menunaikan solat dengan betul dan tepat mengikut syarat-syarat dan rukun-rukunnya,kami juga dapat mendalaminya dan memeriksa kembali ibadah kami serta dapat meningkatkannya.

            Bukan itu sahaja, antara pengajaran yang dapat diambil daripada program ini juga ialah kami dapat beramah mesra dengan ibu bapa,pihak masjid dan juga jiran tetangga di kawasan Desa Petaling. Hal ini sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim antara sesama kami dan menghilangkan jurang antara kami. Kami berasa bersyukur kerana dapat mengenali mereka dan memahami hati budi mereka. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan mereka yang telah mereka curahkan.

           Di samping itu, kami juga dapat mempelajari kaedah dalam penyelesaian sesuatu masalah dan sekaligus menyelesaikan sesuatu masalah dengan matang dan mengikut cara yang diredhai-Nya. Kami juga dapat memahami erti sabar dalam melayani kerenah kanak-kanak dan memahami jiwa mereka sepanjang proses membawa mereka kepada Tuhan menerusi jalan yang diredhai-Nya ini.

            Akhir sekali, kami berharap agar para peserta dapat memahami dan mempelajari serta mempraktikkan segala yang telah kami berikan kepada mereka agar mereka menjadi suatu generasi Islam yang hidup di tengah-tengah masyarakat yang ketandusan ilmu dan akhlak serta dapat memperbaiki masyarakat tersebut. Kami juga berharap agar pengalaman yang kami telah lalui ini bukanlah setakat untuk memenuhi kewajipan semata malahan ia juga menjadi saham akhirat di sana kelak. Kami juga berharap agar program ini menjadi titik permulaan untuk kami melakukan program khidmat masyarakat pada masa akan datang serta menjadi asbab kepada kejayaan kami di dunia dan akirat serta menjadi penyebab urusan kami dipermudahkan. Sekian. Mohon maaf zahir dan batin.Wallahu’alam.



(SYARIFAH AINUL HASANAH BT. SYED HASSAN ADLI : BIRO MAKANAN)






Alhamdulillah setinggi-tinggi kalimah kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana saya serta rakan seperjuangan dapat menyiapkan program dengan jayanya.  Syukur kami diberi peluang dalam menjalani Program Jalinan Masyarakat SMPI kumpulan 1 yang telah diberi nama GENIUS. Kami telah memilih tempat berlangsungnya program kami di Masjid Al-Khasyinn, Taman Desa Petaling yang berlangsung pada hujung minggu bertarikh 25-26 April 2015 bagi siri1 dan 2-3 Mei 2015 bagi Siri berikuitnya

Tujuan diadakan program GENIUS ini adalah berfokuskan kepada fardu ain. Dalam masa yang sama, kami turut mengadakan aktiviti riadah . DIsamping itu kami turut menghidangkan kepada adik-adik mengisian rohani. Beruntunglah kepada adik-adik serta kami kerana lengkapnya program kami dengan segala fizikal, akal serta rohani.

Fardu ain kami tekankan berkenaan cara-cara berwuduk serta kedudukan dalam solat secara betul mengikut perihal solatnya rasulullah saw. Kita telah ketahui bahawa amalan pertama yang akan dihisab merupakan solat. Tidaka akan sempurna solat seseorang mukmin itu selagi mana wuduknya tidak sempurna. Maka di sini sangat pantaslah kami mengabungkan kedua-dua slot berkenaan agar memberi manfaat kepada adik-adik ketika di usia muda ini dan usia yang akan mendatang. Solat dan wuduk ia tidak akan  berpisah sama sekali kerana ia saling lengkap-melengkapi.

Tambahan pula , selain dari mengajari fardu ain, kami turut sertakan dengan aktiviti riadah. Dimana perbagai permainan yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara mereka serta menguji kecergasan adik-adik. Kami aturkan  dengan perbagai aktiviti supaya adik-adik tidak jemu dalam program ini.  Dalam permainan yang telah kami sediakan tidaklah ia sekadar permainan , bahkan di dalam bermain mereka dapat menyihatkan badan serta mengenali antara satu dengan lain demgan lebih dekat. Aktiviti yang paling diminati adik-adik merupakan cheers. Dan kami mewajibkan setiap kumpulan ada tema cheers yang berbeza-beza.

Selain itu, pengisian rohani turut kami sediakan, iaitu slot muhasabah pada malam hari. Saya ditugaskan bagi point alam brazah. Nah di sini adik-adik ditutup mata mereka dan berjalan dalam keadaan gelap. Di sini saya dan team saya memain peranan yang penting agar memberi kleinsafan kepada dik-adik apabila mereka meninggalkan dunia ini. Kami memberi gambaran awal kematian seseoarang, mengimbau kembali kederhakaan seorang anak kepada ibu bapa mereka dan bertaubatlah mereka ketika Allah masih memberikan mereka peluang untuk hidup.


Akhir sekali, saya sebagai biro makanan , amat berpuas hati dengan layanan para tukang masak Masjid. Makanan yang sangat enak dan mewah sangat mengcukupi bagi  kami  semua. Saya merasakan program sebaik ini, tidaklah  terhenti setakat ini sahaja, bahkan haruslah diteruskan oleh kami semua dari masa ke semasa. 



(AMIR MUZAFFAR BIN ABD HALIM : BIRO PENGANGKUTAN)





Alhamdulilah, selesai sudah subjek Jalinan Masyarakat bagi kami kumpulan 4.
Berdasarkan program yang kami jalankan, pertamanya apa yang dapat saya lihat ialah mahasiswa mempunyai peranan yang besar terhadap masyarakat luar. Hakikatnya, masyarakat di luar sana masih menunggu bakti daripada golongan anak muda untuk membantu mereka bukan sahaja dari segi daya fizikal, bahkan dari segi rohani mereka memerlukan bantuan. Golongan muda seperti kami sewajarnya meluangkan masa bersama mereka, barangkali itulah peluang untuk sama berkongsi dan menyelesaikan masalah bersama.

Keduanya, apa yang saya dapat lihat ialah peranan sesebuah institusi masjid itu sendiri terhadap masyarakat sekitarnya. Menyedari bahawa Masjid al-Khasyi’in ini sebenarnya menyediakan pelbagai program-program menarik setiap bulan bagi menarik orang ramai dating ke masjid sendiri. Program-program seperti Progam Sembelihan yang baru-baru ini kami sertai, Kem Imam dan lain-lain lagi sebenarnya memberi impak yang besar walaupun jika dilihat dari segi pelaksanaanya agak ringkas. Jadi, apa yang ingin saya ingin tekankan tentang peranan Masjid al-Khasyi’in sendiri yang sangat bagus kerana menyediakan pelbagai program-program menarik seterusnya mampu menarik minat masyarakat Islam dan bukan Islam sekitarnya untuk mengimarahkan serta mengembalikan fungsi masjid itu sendiri.

Ketiganya, bagi diri saya sendiri, program ini serba sedikit mengajar tentang betapa mencabarnya bagi seorang guru untuk mengajar dan mendidik golongan kanak-kanak. Jika dilihat secara kasarnya, mungkin untuk mendidik golongan kanak-kanak ini mudah bila mana kita merasakan mereka mampu untuk mendengar cakap kita kerana merasakan diri kita lebih dewasa. Namun begitu, sangkaan kita meleset. Jadi, perkara tersebut menjadi satu cabaran bagi kami, bakal-bakal pendidik pada masa akan datang nanti. Pendidik seharsnya mempunyai kreativiti ketika mendidik anak murid tidak kiralah sama ada lebih muda daripadanya atau sebaliknya.

Sebagai penutup, saya mengharapkan agar jalinan yang terbina antara kami dan masyarakat Desa Petaling tidak terputus begitu sahaja. Insya-Allah, kami, kumpulan 1 akan cuba untuk turun ke Masjid al-Khasyi’in jika berkelapangan untuk sama-sama membantu masyarakat di sana. Sekian, terima kasih.


(NURLIN NADIA BINTI JAILANI : BIRO PENGANGKUTAN)


Kumpulan saya :)



Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan segala limpah kurniaanNya, dapatlah kami(kumpulan 1)  menghabiskan Kursus Jalinan Masyarakat  yang telah dilaksanakan pada 25, 26 April 2015 dan 2,3 Mei 2015.Daripada program ini, jelas menunjukkan bahawa setiap perkara yang ingin dijalankan akan mempunyai cabaran dan dugaan lebih-lebih lagi apabila menjalankan satu program yang dihadiri oleh peserta yang begitu ramai.

    Melalui program ini, saya dapat belajar untuk lebih menghormati pendapat dan pandangan orang lain.Sebagai contoh apabila  setiap ahli kumpulan menyumbangkan idea untuk dijadikan modul kepada pelajar-pelajar yang akan menyertai program tersebut.Secara tidak langsung sikap kerjasama dan saling membantu dapat dipupuk dalam kalangan ahli kumpulan serta dapat meringankan kerja yang diberikan ke atas ahli yang dipertanggungjawabkan.

    Di samping itu, pelajar-pelajar begitu teruja untuk menyertai program ini sehinggakan pihak kami terpaksa mengehadkan jumlah peserta di atas beberapa faktor seperti kekurangan tenaga fasilitator.Sering kali kita  melihat keterlibatan anak muda mengikuti program-program yang dianjurkan di masjid atau surau yang berdekatan begitu mengecewakan tetapi kali ini berbeza dengan masyarakat yang berada di sekitar Masjid Al-khasyiin.Mereka ini begitu bersungguh-sungguh untuk menyertai segala program yang diadakan tidak kiralah daripada pihak ibubapa mahupun pelajar.



    Seterusnya, pendekatan untuk menarik perhatian pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah adalah berbeza.Sebagaimana yang kita sedia maklum ,pelajar-pelajar sekolah rendah lebih sesuai  dan praktikal dengan aktiviti tayangan video dan bermain.Oleh sebab itu , sebagai seorang yang bakal bergelar guru harus menitikberatkan perihal tersebut supaya pelajar dapat mengambil input serta memahami setiap pelajaran yang diajar.Tuntasnya , saya kira program ini dapat memberi sedikit pendedahan terhadap dunia pendidik yang bakal kami harunginya kelak.Secara keseluruhan tanpa usaha dan tunjuk ajar daripada pihak pensyarah ,program sebegini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. 



(IZAMUDDIN : BIRO PROTOKOL DAN TEKNIKAL)





(ATHIRAH BINTI SHAHAROM : BIRO PROTOKOL DAN TEKNIKAL)




Pada semester kali ini iaitu semester dua ,kami telah diwajibkan  menjalankan program bersama masyarakat untuk memenuhi  jam kredit subjek bagi Jalinan Masyarakat.Kami terdiri daripada 22 orang mahasiswa tahun pertama dari Jabatan Pendidikan Islam tahun 2014/2015,Fakulti Akademi Pengajian Islam ,Universiti Malaya .

   Sebelum itu kami telah beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti didalam program Genius ini.Sebelum program ini berlangsung  pelbagai persiapan telah dilakukan.Antaranya ialah pemilihan tempat ,kertas kerja ,bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu.Saya diberi tanggungjawab untuk memegang unit protokol bersama dua orang sahabat lain iaitu Izzamudin dan juga Ain Aisyikin..Setelah perbincangan dibuat,kami telah bersepakat untuk memilih  Masjid Al-Khasyiin, Taman Desa Petaling untuk dijadikan tempat program Genius dilaksanakan .Kami menghantar beberapa orang wakil untuk bertemu dan berbincang tentang Program Genius ini dengan jawatankuasa masjid.Pihak jawatankuasa masjid Al-Khasyiin telah memberi  maklum balas yang positif dengan niat murni kami mahu mengadakan program di masjid tersebut.Kami berasa bangga dan terharu dengan penerimaan tersebut.

   Sepanjang program berlangsung pelbagai pengalaman menarik yang saya perolehi  antaranya dapat bergaul dengan masyarakat luar.Penerimaan mereka terhadap kami amatlah menggalakkan  bahkan mereka turut menyuarakan hasrat kepada kami supaya meneruskan program seperti ini lagi .Antara kesan positif jelas dapat saya lihat daripada peserta program ini ialah ianya  memupuk disiplin yang mantap dalam diri peserta.Disamping itu,melalui aktiviti yang diadakan juga peserta dididik untuk menjadi pemimpin dalam kumpulan mereka.Secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri dan menghilangkan rasa malu.Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan menyeronokkan.Semua peserta terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang.Antara aktiviti tersebut ialah pertandingan nasyid,bermain belon air dan sebagainya.

   Secara keseluruhannya saya berpuas hati sepanjang program berlangsung.Diharapkan melalui Genius ini dapat membentuk diri peserta yang berkepimpinan dan dapat memantapkan sahsiah diri mereka.




(WAN NUR AIN ASYIKIN BT WAN IBRAHIM : BIRO PROTOKOL & TEKNIKAL)



Alhamdulliah setinggi-setinggi perhargaan kepada pensyarah kami Dr.Muhammad Luqman bin Ibrahim yang selalu membantu dan membimbing  kami menjayakan program jalinan masyarakat.Disamping itu tidak lupa juga buat Pengarah Program iaitu saudara Asyraf dan rakan-rakan yang lain yang turut sama membatu menjayakan program ini.Pada pandangan saya, program jalinan masyarakat ini sangat bermanfaat buat pelajar kerana mahasiswa dapat berkhidmat dan bergaul dalam masyarakat.Sebagai mahasiswa kita bukan sahaja hidup di universiti hanya untuk belajar semata-mata tetapi sebagai mahasiswa kita perlu turun padang untuk sama-sama dengan masyarakat. Saya sangat teruja dengan program kami iaitu program sembelihan yang kami jalankan di masjid khasyiin. Program ini melibatkan penduduk flat di sekitar masjid itu. Banyak pengalaman yang kami perolehi melalui program ini beberapa orang mahasiswa turut sama menjalankan sembelihan ini. Selepas itu kami sama-sama memasak untuk makan selepas solat zuhur. Ini pengalaman baru bagi kami kerana turut sama menolong mak cik-mak cik mencabut bulu ayam seterusnya memasak. Kari yang pak cik memasak itu sangat sedap. Program yang kedua yang kami anjurkan adalah program yang menekan akhlak kepada pelajar melibatkan pelajar sekolah rendah. Adik adik disitu sukar untuk dikawal dan sangat menguji kesabaran kami untuk mengawal lebih kurang 50 orang pelajar dalam masa. Ini dapat memberi pengalaman kepada kami yang bakal bergelar guru satu hari nanti. Saya berharap program ini akan diadakan bagi setiap university bagi melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi rohani dan intelektual.


(MUHAMMAD FAKHRUL MU'IZ BIN MOHD AZMY : BIRO CENDERAHATI)


Alhamdulillah setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah memberi peluang kepada kami semua untuk menyelesaikan program Jalinan Masyarakat SMPI Kumpulan 1 yang diberi nama ‘GENIUS’.

Sepanjang program ini berlangsung, saya dapat mengambil impak positif tentang beberapa perkara antaranya ialah saya sangat kagum dengan kerjasama  masyarakat sekitar Masjid Taman Desa Petaling. Mereka sangat bekerjasama dalam aktiviti kemasyarakatan contohnya majlis perkahwinan malah dalam mengimarahkan masjid,mereka memanfaatkan masjid yang ada.

Masyarakat di sini juga sangat meraikan tetamu. Mereka sangat mengalu alukan kedatangan kami. Saya juga sangat mengagumi semangat peserta yang menyertai program ini. Mereka tidak berputus asa dalam  bertanya apakah aktiviti seterusnya dan mereka sangat teruja dan gembira terhadap setiap slot yang kami bawakan.Tambahan lagi, ketika program berakhir, mereka memberi cadangan agar kami membuat program tersebut secara berkala.

Seterusnya refleksi bagi pihak saya sendiri sebagai biro cenderahati, saya merasakan tanggungjawab yang diberikan kepada saya,tidak lah amat berat dari segi mental dan fizikal. Antara skop tugasan biro cenderehati sebelum program ialah membalut hamper untuk peserta dan membalut buah untuk dihadiahkan oleh VIP iaitu penyelia kami,ajk masjid.Selain itu,saya telah membuat frame kayu buatan sendiri untuk diberikan kepada masjid sebagai tanda  kenangan. Manakala, pada hari program pula, saya ditugaskan untuk menjadi fasilitator.Pada majlis penutup,saya ditugaskan untuk mewakili kd cenderehati untuk memberikan hadiah. Saya berharap jika masih diberi peluang untuk memegang biro cenderehati pada masa akan datang, saya dapat menghasilkan output dan impak positif  yang lebih menarik.

Akhir sekali, program Jalinan Masyarakat ini juga dapat mengeratkan ukhuwah antara kami. Memandangkan bilangan pelajar program pendidikan Islam sangat ramai, kami kurang mengenali antara satu sama lain. Dengan adanya program seperti ini, kami dapat mengenali antara satu sama lain. Harapan saya agar program seperti ini dapat diadakan lagi kerana ia begitu memberi pengalaman yang baru dan  berharga kepada kami semua. Subjek Jalinan Masyarakat juga dapat mendedahkan kami dengan dunia luar, iaitu bukan dunia kampus semata mata malahan dapat menjalin kemesraan dengan masyarakat luar.




(AINAA NADZIRAH BINTI MOHD FAUZI : BIRO CENDERAHATI)




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah memberi peluang kepada kami semua untuk menjalankan program Jalinan Masyarakat SMPI Kumpulan 1 yang diberi nama ‘Generasi Islam Untuk Semua’(GENIUS).

Pada hari pertama kami menjejakkan kaki ke kawasan Masjid Al-Khasyii’in,Desa Petaling,kami melihat kedudukan masjid tersebut agak strategik kerana ianya berada di antara kawasan perumahan dan sekolah. Saya dapat membayangkan setiap kali pelajar pulang dari sekolah,mereka pasti akan singgah di masjid tersebut untuk solat berjemaah. Begitu juga dengan penduduk yang tinggal berhampiran masjid. Sudah pasti mereka sering melakukan aktiviti bersama kerana saya dapat melihat keakraban penduduk disitu ketika mereka berjumpa.

Kami sudah mula mengenal para peserta yang kami lebih suka untuk memanggil ‘adik’. Setiap aktiviti yang kami jalankan memberi impak yang positif kepada mereka. Saya akui agak sukar untuk menguruskan peserta yang terlalu aktif,tapi kami mengambilnya sebagai satu cabaran kerana ia juga dapat menguji tanggungjawab kami samaada ingin membiarkan atau menasihatinya. Sepanjang aktiviti yang berlangsung,para peserta memberi tindakbalas yang positif.

Selain itu,melalui aktiviti yang kami jalankan,kami dapat mengetahui para peserta yang cerdik dan lemah dalam pelajaran terutama dalam subjek Pendidikan Islam. Berdasarkan penilaian kami, kami mengambil inisiatif untuk lebih fokus mengenai sirah-sirah Nabi dengan pendekatan yang lebih mudah difahami. Kami juga mengadakan aktiviti yang dapat mengcungkil bakat-bakat para peserta. Antaranya ialah,sesi pembentangan dan pertandingan azan.

Kami juga meminta pandangan ibu bapa yang hadir sepanjang program berlangsung. Mereka meminta supaya kami lebih fokus kepada anak-anak mereka. Malah,mereka menceritakan keadaan anak-anak mereka ketika di rumah. Kesibukan ibu bapa dalam mencari rezeki mungkin menjadi salah satu sebab mereka meminta kami supaya menumpukan perhatian kepada anak mereka. Saya berasa amat terharu,walaupun mereka dengan urusan kerja mereka masih datang untuk menjenguk anak-anak ketika program berlangsung.

Masyarakat di sini juga sangat meraikan tetamu. Mereka sangat mengalu alukan kedatangan kami sehingga apabila program berakhir mereka menyuruh kami mengadakan aktiviti aktiviti untuk golongan dewasa pula. J Saya juga sangat mengagumi semangat peserta yang menyertai program ini. Mereka tidak putus-putus bertanya apakah aktiviti seterusnya dan mereka sangat teruja terhadap setiap slot yang kami bawakan. Malahan ketika program berakhir, mereka memberi cadangan agar kami membuat program tersebut pada tiap-tiap minggu.

Seterusnya refleksi bagi pihak saya sendiri sebagai biro cenderahati, Antara skop tugasan biro cenderahati adalah menyediakan hamper untuk para peserta dan cenderamata untuk VIP iaitu Ustaz Yahya. Diberi tanggungjawab sebagai biro cenderahati ini,saya akui ia bukanlah sesuatu yang mudah. Namun,dengan kekuatan ahli yang lain saya dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan baik. Saya harap pengalaman dalam biro cenderahati ini dapat saya gunakan untuk program-program yang mendatang. In syaa Allah.

Akhir sekali, program Jalinan Masyarakat ini juga dapat mengeratkan ukhuwah antara kami. Sekurang-kurangnya melalui program ini,kami dapat memulihkan hubungan persaudaraan antara kami. Dengan adanya program seperti ini, kami dapat mengenali antara satu sama lain. Harapan saya agar program seperti ini dapat diadakan lagi kerana ia begitu memberi pengalaman yang berharga kepada kami semua. Subjek Jalinan Masyarakat juga dapat mendedahkan kami dengan dunia luar, iaitu bukan dunia kampus semata mata malahan dapat menjalin kemesraan dengan masyarakat luar.





No comments: