Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih memberi ruang dan peluang untuk meneruskan aktiviti Jalinan Masyarakat siri 2. Untuk pengetahuan pembaca yang disayangi sekalian, 2-3 Mei merupakan program siri kedua kami memandangkan siri pertama telah berlangsung pada 26-27 April minggu lalu. Walau bagaimanapun, kami masih meneruskan program yang sama di tempat yang sama dan peserta yang sama (ada sedikit penambahan peserta berikutan permintaan para ibu bapa mereka.)
Maka pada 2 Mei 2015, seawal jam 7.30 pagi kami seramai 22 orang telah menaiki beberapa buah kereta yang dipandu oleh Asyraf, Amir dan Wahida menuju ke Masjid Al Khasyiin.
Kami sampai kira-kira jam 8.00 pagi dan terus menguruskan sesi pendaftaran peserta.
Kelihatan saudari Julekkah dan Syafiqah sibuk menguruskan kelancaran pendaftaran peserta.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kemudian, pada jam 8.30 pagi, peserta dan fasilitator dihidangkan dengan sarapan pagi yang enak iaitu nasi lemak berlaukkan sambal bilis, kacang goreng dan telur beserta kuih karipap dan air teh o. Jutaan terima kasih kepada AJK masjid yang memasak dan AJK makanan kami sendiri yang menghidangkan makanan tersebut.
Nasi lemak dan karipap..
Kelihatan AJK makanan dibantu rakan2 yang lain sibuk menghidangkan nasi lemak .
Peserta dan fasi makan bersama-sama..
Jemput makan semua !
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aktiviti hari ini dimulakan dengan solat sunat Dhuha secara berjemaah. Solat sunat Dhuha merupakan solat sunat 2 rakaat pada waktu Dhuha bertujuan untuk memohon dimurahkan rezeki. :')
Doa solat Dhuha adalah seperti berikut :
اَللّهُمَّ اِنَّ الضُّحاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ اَللّهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقِى فِى السَّمَاءِ فَاَنْزِلْهُ وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَاَخْرِجْهُ وَاِنْ كَانَ مُعَسِّرًا فَيَسِّرْهُ وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَبَهَائِكَ
Maksudnya :
“ Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu... Ya Allah jika rezeki masih di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi, maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”
Solat sunat Dhuha ini diimamkan oleh saudara Izzamudin. Selepas solat beliau menerangkan serba sedikit tentang fadilat solat Dhuha dan meminta peserta menyanyikan lagu doa solat Dhuha.
Peserta khusyuk mendengar penerangan saudara Izzamudin..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9.30 a.m.
Slot seterusnya ialah Sirah Nabi dikendalikan oleh Saudari Ain Asyikin dan Athirah. Slot ini dimulakan dengan tayangan video nasyid lagu nama-nama Nabi. Kemudian Saudari Ain bertanya beberapa soalan mudah seperti nama ibu Nabi, tarikh lahir Nabi dan sebagainya.
Sesi kuiz.. ramai peserta yang berminat untuk menjawab kuiz yang disoal oleh ustazah Ain.. :D
Slot ini bertujuan untuk memberi sedikit pendedahan kepada peserta tentang sejarah hidup Rasulullah saw. Walaupun mereka mungkin sudah mempelajarinya di sekolah, slot ini boleh mengingatkan kembali apa yang telah mereka pelajari dan menambah cinta terhadapa Baginda saw.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
10.30 am
Saudara Amir Muzaffar telah mengambil alih tempoh gaps masa ke slot berikutnya dengan mengajar peserta melakukan 'break claps.'
'' Everybody break claps
Break one.
Break two.
Break three.
Break four.
Break five. ''
..
*surrender :P *
Sebenarnya 'break claps' ini telah diajar sejak hari pertama. Oleh sebab itulah peserta kelihatan mahir melakukannya. :')
Fasi pun semangat ber break claps. :D
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kira-kira jam 11 pagi, Saudara Muiz meneruskan slot ''Hikmah dari Surah''. Saudara Muiz mengarahkan peserta duduk di dalam kumpulan masing-masing untuk sesi LDK. Berbekalkan kertas mahjong dan beberapa batang marker, peserta diminta menulis apa yang mereka faham daripada surah-surah terpilih iaitu surah An-Nas, surah al Fil, surah al Asr, surah al Lail dan surah al Masad.
Sebelum terlupa, kami telah menamakan kumpulan peserta dengan beberapa nama tertentu iaitu Carrie Junior ( Fasi : Hamdan, Nurlin, Syifaq, Wahida )
Boom ( Fasi : Muiz, Hidayah, Najwa )
Harimau Kuat ( Fasi : Amir, Athirah, Ain )
Febreze ( Fasi : Taqi, Aziela, Husna)
Daia ( Fasi : Izzam, Aina, Ukhti, Syafiqah )
Kumpulan Harimau Kuat : Surah al Fil
Kumpulan Carrie Junior : Surah Al Masad
Kumpulan Febreze : Surah Al Lail
Kumpulan Daia : Surah An Nas
Kumpulan Boom : Surah Al Asr
Kemudian peserta diminta membentangkan intipati yang diperoleh hasil perbincangan yang dibimbing oleh fasi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
12.00 tengahari.
Slot seterusnya ialah '' Nasyid comel '' yang dikendalikan oleh saudara Amir Muzaffar. Setiap kumpulan diberi sebuah nasyid dan dikehendaki melakonkan gaya nasyid tersebut.
Kumpulan Carrie Junior : Sepohon Kayu
Kumpulan Boom : Sumayyah
Kumpulan Febreze ; Pergi Tak Kembali
Kumpulan Harimau Kuat : Kawan
Kumpulan Daia : Intifada
Peserta sedang gigih berlatih dibantu oleh fasi yang bersemangat ! :)
*p/s : Nasyid2 ini akan dipersembahkan pada hari terakhir .
Selepas latihan nasyid, peserta dijamu dengan makan tengahari..dan solat zuhur secara berjemaah..
AJK TERbaikk !
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2.30 petang
Slot petang diteruskan dengan LDK membina kerajaan Islam. Peserta dibekalkan dengan senaskah surat khabar, botol, salotip, gunting, reben,kertas mahjong dan marker.
Mereka dikehendaki membina satu binaan yang kukuh menggunakan bahan-bahan yang diberi. Kertas mahjong dan marker pula digunakan untuk melukis pelan bangunan.
Kumpulan Daia
Kumpulan Harimau Kuat
Kumpulan Carrie Junior
Kumpulan Boom
Kumpulan Febreze
Kemudian diteruskan dengan sesi perbentangan..
Sesi perbentangan berjalan lancar..
#Slot ini bertujuan untuk menanam semangat peserta untuk membangun sebuah negara Islam dan di samping itu memupuk nilai kreativiti mereka menghasilkan sesuatu menggunakan bahan yang terhad.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada jam 4.30 petang peserta diminta untuk minum petang dan solat asar berjemaah.
Rezeki petang hari..kek pisang..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kira-kira jam 5.30 petang, peserta dikumpulkan di anjung masjid untuk aktiviti outdoor games.
Kami menyediakan 2 jenis games untuk peserta iaitu
1) Reben Ukhuwah
Dinamakan reben ukhuwah kerana peserta diminta berkumpul dalam satu barisan dalam keadaan memegang tangan rakan di belakangnya. *Aktiviti ini diasingkan peserta lelaki dan perempuan*. Kemudian peserta dibekalkan seutas reben dan diminta untuk masuk ke dalam reben tersebut tanpa memutuskannya.
Untuk pencerahan yang lebih jelas dan nyata, mari saksikan video di bawah. :)
Ukhuwah reben girls :)
Ukhuwah reben boys :)
Okay..ini gambar yang sempat di snap ketika games sedang rancak dimainkan. Berikutan peserta yang terlebih 'excited' ketika games dijalankan, kami terpaksa mengarahkan mereka supaya bermain dengan senyap dan duduk diam apabila selesai giliran mereka . >.<
#Games ini bukanlah sekadar games semata-mata bahkan ia merupakan salah satu cara untuk mengeratkan ukhuwah antara peserta. Di samping itu, kami juga dapat melihat nilai positif dalam diri peserta di mana mereka saling memberi sokongan padu kepada rakan pasukan mereka untuk menyudahkan tugasan yang diberi. Sokongan moral daripada rakan-rakan merupakan pemangkin kejayaan seseorang secara tidak langsung :)
Setelah jarum jam menghampiri angka 6.15 petang, peserta diminta untuk turun ke halaman masjid dan beratur di dalam kumpulan yang diasingkan seperti tadi untuk meneruskan games yang kedua juga games yang terakhir iaitu :
2. Belon Air
Setiap kumpulan dikehendaki beratur panjang ke belakang dan orang yang paling hadapan dibekalkan belon air. Dia dikehendaki melempar belon air tersebut ke arah belakang dan disambut rakan di belakangnya tanpa memecahkan belon tersebut.
Mari saksikan permainan mereka ! :)
Ini belon yang cantik.
Lawanya belon2 ini sebelum ia dipecahkan..
And the war begin ..
Muka-muka dah kalah..
Penat ya dik ? :P
#Motif game ni? Apa yang penting?! = KERJASAMA ^^
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah penat-penat main games, mesti lapar kan? Jangan risau adik-adik peserta dan kakak abang fasi sekalian..Ajk makanan yang terbaik dah hidangkan makanan untuk kita semuaaa.. Jemput makan semua :P
Menu dinner kita hari ini adalah nasi goreng + ayam masak merah + milo ais.
Terima kasih Ajk makanan yang gigih hidangkan makanan untuk kami semua . :D
Alhamdulillah kenyang :)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selesai mengisi perut, kami mengarahkan peserta untuk mandi dan bersiap untuk solat fardhu Maghrib. Oleh kerana bilangan peserta yang agak ramai, kami terpaksa membuat shift. Sebahagian peserta disuruh makan dahulu dan sebahagian lagi disuruh mandi. Fasi dikehendaki untuk mengawal tingkah laku peserta berikutan mereka sangat bising ketika mandi.. Peserta perempuan bising dengan celoteh mereka ketika mandi dan peserta lelaki pula ada yang bergaduh. Almaklumlah budak-budak..
( Sabo jela T_______T )
Kemudian kami semua menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tepat jam 9.00 malam, bermulalah slot yang ditunggu-tunggu oleh sebilangan besar fasi. Slot ini ialah slot kembara malam dan sesi muhasabah. :)
Peserta dikehendaki menutup mata dengan menggunakan kain yang dibawa oleh mereka sendiri.
Kemudian, mereka dibawa ke checkpoint-checkpoint tertentu iaitu :
1) Di alam barzakh ( PIC : Ukhti, Aina Nadzirah, Hidayah )
2) Di sekolah ( PIC : Wahida, Nurlin, Hamdan )
3) Di rumah ( PIC : Husna, Muiz )
4) Di masjid ( PIC : Ain, Athirah )
Manakala fasi yang tidak terlibat dengan checkpoint, dikehendaki membawa peserta ke checkpoint yang ditetapkan.
Checkpoint di Alam Barzah :
Peserta dibawa ke anjung surau dan PIC yang terlibat menceritakan tentang kematian diiringi bunyi2 kerusi yang dicampak. Kebanyakkan peserta menangis dan menjerit ketakutan....
#Motif : Mengingatkan peserta (beserta fasi ) tentang kematian.. Mati itu pasti...Bawalah bekalan yang secukupnya....
Checkpoint di Sekolah:
Perserta dibawa ke satu sudut di dalam masjid dan PIC terlibat melakonkan perbualan antara murid dan guru serta murid yang malas menyiapkan kerja rumah..PIC telah membrain wash peserta sehingga mereka berjanji untuk tidak berkelakuan nakal di sekolah.
#Motif : Supaya peserta menyedari kepentingan ilmu..dan sekolah adalah tempat menuntut ilmu, bukan tempat untuk bersuka ria sahaja..
Checkpoint di Rumah:
Fasi melakonkan perbualan antara ibu dan anak. Di mana ketika seorang ibu meminta tolong anaknya dan anak itu menolak dengan pelbagai alasan..Ramai peserta kelihatan teresak-esak dan menyeru nama ibu bapa mereka . :'(
#Motif : Hormati dan sayangi ibu bapa.. Tanpa mereka siapakah kita...
Checkpoint di Masjid:
Berikutan peserta yang suka berlari larian dan membuat bising di dalam masjid, PIC terlibat telah menegur mereka dan meminta mereka berjanji untuk tidak melakukannya lagi. PIC juga menerangkan bahawa masjid adalah tempat ibadah bukannya tempat bermain.
#Motif : Hormati rumah Allah.
Sebelum mengakhiri kembara malam, Amir Muzaffar telah mengadakan slot muhasabah diri..
Kebanyakkan fasi dan peserta menangis....dan ada sebilangan kecil ibu bapa yang hadir turut menangis sayu... :'(
Kemudian slot malam diakhiri dengan sesi bersalaman antara fasi dan peserta..
:')
Slot malam berjalan lancar. Peserta diberi minum ringan sebelum dikerahkan untuk tidur kerana pada esok hari akan diadakan Qiamullai.
Barisan fasilitator membuat giliran untuk berjaga malam supaya keadaan terkawal dan selamat.
بسمك اللهم أحياء وأموت
Dengan Namamu ya Allah, aku hidup dan aku mati..
No comments:
Post a Comment