GENIUS'15

GENIUS'15

Friday, 8 May 2015

JM SIRI 2 : PART 2.0 Coretan Hari Terakhir ~ ~

SMPI OSEM !

Alhamdulillah syukur kepada Allah masih diberi kesempatan untuk meneruskan hari terakhir program Jalinan Masyarakat iaitu Genius15.

Sambungan daripada entry semalam iaitu hari ketiga di mana peserta dan barisan fasilitator bermalam di Masjid Al Khasyiin untuk aktiviti Qiamullai. Peserta dan fasi lelaki tidur di tingkat 3 masjid manakala peserta dan fasi perempuan tidur di tingkat 2.

Maka, seawal jam 4.00 pagi, fasilitator mula mengejutkan peserta. Kebanyakkan peserta tertidur kepenatan berikutan aktiviti kembara malam yang diadakan semalam. Kira-kira jam 5 pagi, peserta mula berkumpul di dalam saf dan mula melakukan solat sunat yang diketuai oleh Saudara Izzamudin.

Kemudian , sementara menunggu masuknya waktu Subuh, Saudara Izzamudin sempat memberi tazkirah ringkas kepada peserta..


Pengertian
Qiamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.
Sejarah Qiamullail
Pada awalnya qiamullail wajib bagi Rasulullah dan para sahabat. ( surah Al-Muzammil 1-10). Namun setelah setahun disyariatkan amalan itu menjadi sunat muakkad bagi setiap umat Islam. Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (lihat surah al-Muzammil 20)
Hikmah Qiamullail
-Meningkatkan keimanan individu -Meninggikan darjat di sisi Allah
 -Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
 -Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
 -Melatih diri menjadi insan bertakwa
 -Melatih diri memperbanyakkan amalan sunat
 -Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
 -Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
 -Melatih diri mengharap keredhaan Allah
 -Memberi ketenangan jiwa (emosi)
 -Memberi kesihatan(fizikal)
 -Menajamkan akal fikiran
 -Meneguhkan kekuatan rohani
 -Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepada-Nya
 -Melatih diri bersikap khauf(takut) dan roja’(berharap)kepada Allah
 -Dan lain-lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-Nya yang ikhlas dan istiqamah

Kelebihan Qiamullail
-Dimakbulkan doa -Tenang hati dan fikirannya
 -Dimurahkan rezeki
 -Dihormati masyarakat
 -Dilindungi Allah daripada khianat manusia
 -Jika dia pemimpin, dia akan disegani
 -Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah. Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya).

Waktu-Waktu Qiamullail
Waktu untuk solat malam ialah selepas Isya’ sehingga sebelum masuk Subuh. Bagi solat Tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.
Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.

”Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya. Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari.” H.R. Jamaah selain At-Tirmizi.


Amalan-amalan sunat ketika Qiamullail 1) Solat sunat Tahajjud
 ”dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat di tempat yang terpuji.”
 Al-Isra’ 79

”Sebaik-baik solat selain daripada solat fardhu ialah solat malam” H.R. Muslim

2) Solat sunat tasbih, taubat, istikharah, hajat, witir dll.
3) Berzikir, bertasbih dan bertahmid4) Membaca al-Quran

5) Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah.

Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang-orang soleh dan golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang dan sebaik-baik ganjaran, nikmat dan rezeki hanyalah Allah S.W.T.







Setelah menunaikan solat Subuh secara berjemaah, peserta dikumpulkan di anjung masjid untuk aktiviti senaman pagi. 

Banyak senamrobik yang diajar oleh fasi kepada peserta. Antaranya senaman bertemakan lagu 'Demi Matahari.'







Dan lagu 'gummy bear '..




semangat pengarah kita ber gummy bear ^__^ haha


_________________________________________________________________________________


Setelah berakhir sesi senamrobik, peserta diberi sedikit masa untuk membersihkan diri dan sarapan pagi seterusnya kembali ke dalam masjid untuk slot ''Makna Al Fatihah'' oleh saudari Najwatul Adirah.




Peserta khusyuk mendengar penyampaian Najwa..




_________________________________________________________________________________


Jam 11 pagi, pertandingan nasyid pula dijalankan. Setiap kumpulan membawa lagu-lagu nasyid yang telah diberi dan dilatih oleh fasilitator masing-masing. Mereka dikehendaki ke hadapan dan menggayakan nasyid tersebut. 



Kumpulan Carrie Junior : Nasyid Sepohon Kayu.

Sepohon kayu, daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami bekerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami sembahyang fardu sembahyang
Sunatpun ada bukan sembarang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang

Kami sembahyang limalah waktu 
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup dikubur yatim piatu 
Tinggalah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah dia sedarkan diri
Hidup didunia tiada berarti 
Akhirat disana sangatlah rugi






Kumpulan Boom : Nasyid Sumayyah

Dalam diri selembut sutera 
Kau miliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama 
Dirimu bak lentera

Dibelenggu jahiliah 
Kau tempuh dgn berani
Walaupun jasadmu milik tuan 
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi 
Ketabahn keluarga itu
Tika suami dan anak 
Dibaring menghadap mentari

Disuruh memilih iman 
Atau kekufuran
Samar jahiliah atau 
Sinar akidah…..

Sabarlah keluarga yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tegar memilih syurga
Walau terpaksa mengoban nyawa

Lalu tombak ! yang tajam menikam
Jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak 
Berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Menggoncang dunia mencipta sejarah….

Sumayyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah…




Kumpulan Tiger : Nasyid Kawan

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
kita bersama berkelana

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini umpama awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Bintang-bintang di langit
Takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah
pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
menjadi perhiasan di meja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta.







Kumpulan Febreze : Pergi Tak Kembali

Setiap insan pastikan merasa 
Saat perpisahan terakhir 
Dunia yang fana akan ditinggalkan 
Hanya amalan yang akan dibawa 

Terdengar sayup surah dibaca 
Sayu alunan suara 
Cemas di dada lemah tak bermaya 
Terbuka hijap di depan mata 

Selamat tinggal pada semua 
Berpisah kita selamanya 
Kita tak sama nasib di sana 
Baiklah atau sebaliknya 

Amalan dan taqwa jadi bekalan 
Sejahtera, bahagia pulang...kesana 

Sekujur badan berselimut putih 
Rebah bersemadi sendiri 
Mengharap kasih anak dan isteri 
Apa mungkin pahala dikirim 

Terbaring sempit seluas pusara 
Soal bicara terus bermula 
Sesal dan insaf tak berguna lagi 
Hancurlah jasad dimamah bumi 

Berpisah sudah segalanya 
Yang tinggal hanyalah kanangan 
Diiringi doa dan air mata 
Yang pergi takkan kembali lagi




Kumpulan Daia : Intifada

Merdu lafaz syahdu
Jiwa pun merindu
Merakam rasa kalbu
Gemersiknya lagu
Angin kota cahaya
Bertiup berarak
Kencang meredah maya
Hanya untuk dia

Bangkit segar seirama
Meluruskan rentak safnya
Riuh-rendah basah lidah
Kalam wahyu mewangi di taman

Oh... semerbak harum bingkisan an-nur
Berterbangan tinggi ke intifada
Oh merentas misi risalah suci
Mewangikan taman yang dicemari

Gema siang malam
Alunan suara
Burung turut menyanyi
Zikir tidak henti
Lunak diukir seni
Halus menghiasi
Persada alam ini
Hidup tidak mati

Masihkah punya bicara
Menjalinkan yang terpisah
Semarak terus berusaha
Pastinya ia akan berjaya







:') Syahdu je dengar nasyid2 ni.. Tahniah pada yang pilih nasyid2 ni..Saya bagi 5 bintang *****.
Semua group best ! :)


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok next ialah slot 'Jalinan Kasih' yang dikendalikan oleh Saudari Hidayah. Saudari Hidayah membawa lagu Barney '' I love You ''

'' I love you You love me

We're a happy family
With a great big hug and a kiss from me to you.
Won't you say you love me too
I love you You love me
We're best friends like friends should be
With a great big hug and a kiss from me to you.
Won't you say you love me too
I love you You love me
We're a happy family
With a great big hug and a kiss from me to you.
Won't you say you love me too
I love you You love me
We're best friends like friends should be
With a great big hug and a kiss from me to you.
Won't you say you love me too ''

Comel kan? ^____^


adik2 sayang fasi x?? 
sayangg..tudiaaa..dup dup <3

Slot jalinan kasih merupakan slot yang terakhir untuk program Genius15.
Sebelum majlis penutupan, peserta dan fasi dijamu makan tengahari untuk kali terakhir... :'(

 Sedapnyaa..bila lagi nak makan kt sini? T_T






Kemudian kami semua solat zuhur berjemaah bersama-sama..


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tepat jam 2 petang, tibalah acara kemuncak program kami iaitu Majlis Penutup Genius'15. Majlis dipengerusikan oleh saudara Nasruddin setelah ketibaan wakil masjid Al Khasyiin iaitu Ustaz Yahya. Beliau juga merangkap jawatan sebagai pembantu imam masjid dan merupakan pemantau program kami.

Nasruddin sedang mengendalikan majlis..






 ucapan YDP SMPI..



 ucapan Ust Yahya..




ucapan pengarah genius..


Seterusnya kami menyediakan sebuah video sepanjang program dan ditayangkan kepada peserta.. 




*video tersebut berdurasi selama 7 minit dan tidak dapat di upload di sini kerana saiznya terlalu besar. :(*



sebilangan kecil ibu bapa turut meraikan majlis penutup kami..


Kemudian tibalah acara yang ditunggu-tunggu oleh peserta iaitu sesi pembahagian hadiah.

 Kumpulan Febreze

 Kumpulan Daia

 Kumpulan Boom

 Kumpulan Tiger

Kumpulan Carrie Junior

* Semua kumpulan adalah terbaik dan membawa pulang hadiah yang sama rata ^__________^
Tahniah kepada AJK Cenderahati yang adil & saksama . :)

 cenderahati untuk wakil masjid..

cenderahati untuk peserta terbaik..nabeel 



*kasi can Ajk cenderahati posing*

Dan seterusnya sesi bergambar bersama kumpulan masing-masing.
 #CarrieJunior

 #Febreze

 #Daia

 #Tiger

#Boom

Dan gambar2 terakhir kami :')




Bahaya diorang ni..nanti gaduh berebut hadiah..so fasi kene tolong bahagi sama rata
^____________________^







-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maka berakhir sudah program JM kami.. 
Berjuta penghargaan buat semua yang terlibat terutamanya pensyarah kami iaitu Dr Lukman dan Dr Anuar serta pemantau kami Ustaz Yahya dan tidak dilupakan seluruh warga Taman Desa Petaling yang terlibat secara langsung atau tidak langsung..



Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Kalau tidak kerana unggas
Tidaklah rosak padi di sawah
Kalaulah tidak kerana tugas
Tidaklah kita akan terpisah.


SEKIAN...

Terima kasih kerana sudi membaca coretan ini hingga ke nokhtah akhir..


























No comments: