SABTU (25/4/2015)
Kami bertolak pada jam 7.30 pagi. Kami mula berkumpul di depan Akademi Pengajian Islam untuk bergerak bersama-sama.
9.00 pagi
Sesi pendaftaran bermula. Seramai 50 peserta telah datang mendaftar. Kami mengehadkan bilangan peserta berikutan bilangan kami sebagai tenaga kerja hanyalah seramai 22 orang.
Kelihatan pic pendaftaran iaitu saudari Julekkah sibuk mengagihkan fail kepada peserta sementara biro protokol iaitu saudari Ain Asyikin & Athirah mencatat kehadiran peserta.
9.30 pagi
Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh pic pengisian iaitu saudara Nasruddin. Kemudian, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan tertentu mengikut warna fail yang diperolehi ketika pendaftaran.
Kemudian, program ini diteruskan lagi dengan sesi taaruf fasilitator disertai video pengenalan fasilitator yang disediakan oleh biro multimedia.
*xdpt upload video..besar sgt :( *
taaruf fasi.
Untuk sesi 'ice-breaking' di dalam kumpulan, peserta diminta untuk melukis rakan sekumpulannya. Kami dapati peserta sangat berminat dengan sesi melukis ini sehingga melebihi masa yang telah ditetapkan.
Antara lukisan peserta.
11.30 pagi
Slot seterusnya iaitu slot akidah yang bertajuk 'Beriman dengan Al-Quran' dikendalikan oleh saudari Nurlin Nadia. Beliau menerangkan serba sedikit tentang Al-Quran dan seterusnya peserta diminta untuk berada dalam kumpulan masing-masing. Peserta dibekalkan dengan kertas mahjong dan marker. Mereka diminta menulis semula apa yang mereka faham mengenai Al-Quran sambil dibimbing oleh fasilitator masing-masing. Setiap kumpulan menzahirkan kefahaman dan kekreativitian mereka melalui coretan dan lukisan di atas helaian mahjong tersebut.

Peserta melukis gambar binatang yang disebut di dalam Al Quran.
Sejurus tamat masa yang diberi, setiap kumpulan diminta membentangkan hasil karya masing-masing. Apa yang menarik perhatian kami adalah mereka berebut-rebut untuk menjadi pembentang.

Kemudian, kami menunaikan solat zuhur secara berjemaah bersama penduduk sekitar taman ini.
2.00 Petang
Makan tengahari. Makanan telah dimasak oleh ajk masjid dan dihidangkan oleh Saudara Hamdan, Saudari Syarifah Hasanah dan Saudari Syafiqah.
2.30 Petang
Seusai menjamu selera, peserta diminta kembali ke dalam masjid bagi meneruskan slot terakhir pada hari ini, iaitu slot ibadat ' Solat itu mudah ' yang dikendalikan oleh Saudara Fakhrul Muiz.
Kemudian, setelah sesi taklimat berikut, peserta diminta untuk mengikut fasi masing-masing ke bilik wudhu' dan membuat amali mengambil wudhuk beserta doa selepas wudhu'.
Seterusnya, mereka diminta untuk melakukan amali solat sambil dibantu oleh fasilitator.
4.00 Petang
Slot praktikal solat merupakan slot terakhir pada hari ini. Sebelum pulang ke rumah masing-masing, peserta dihidangkan dengan sedikit minuman ringan.
Kami semua sempat melakukan post-morteem untuk penambahbaikan hari esok dan seterusnya berangkat pulang ke UM.
SEKIAN. Thanks for reading ^^
No comments:
Post a Comment