Tarikh : 18 April 2015
Masa : 8.30 pagi-5.00 petang
Tempat : Masjid Al-Khasyiin, Taman Desa Petaling.
Program Jalinan Masyarakat kami part 1 telah bermula pada 18/4/2015 di Masjid Al-Khasyiin Taman Desa Petaling. Kami telah mengendalikan program sembelihan yang melibatkan penduduk sekitar Taman Desa Petaling.
OBJEKTIF:
1. Memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara-cara melakukan sembelihan yang betul.
2. Memberi peluang kepada para peserta untuk mempraktikkan ilmu berkaitan dengan sembelihan yang telah dipelajari di dalam kelas.
3. Memberi pengalaman yang berguna kepada para peserta bermula dari proses sembelihan sehingga proses memasak.
4. Memupuk semangat kerjasama
Berbincang arah jalan
Kami sampai di Masjid Al-Khasyiin pada jam 8.15 pagi dengan kekuatan ahli seramai 14 orang dan 8 orang lagi tidak dapat menghadirkan diri.
Sesi pendaftaran bermula tepat jam 9 pagi . Kelihatan 2 orang ahli kami sedang khusyuk melayan para peserta untuk mendaftar.
Kalau perasan, kebanyakan peserta adalah orang tua. Ke mana hilangnya golongan anak muda?
** Nampak tak pak cik pak cik dan kanak-kanak je. Tak nampak seorang pun golongan muda remaja sedangkan pak cik mak cik pula yang sibuk meluangkan masa nak belajar hujung minggu. Belajar pasal sembelihan je pun tapi manfaatnya besar.. malu jadi anak muda **
Ok dah ! cukup membebel. Tapi itulah realiti. Jom sambung cerita semula,
Nasruddin menjadi MC majlis
Selesai sesi pendaftaran. Alhamdulillah ceramah 1 bermula untuk proses penerangan tentang halal haram pemakanan, penyembelih, alat yang digunakan untuk menyembelih dan semua yang berkaitan dengan proses sembelihan. Ceramah ini disampaikan oleh seorang ustaz yang berasal dari Kelantan. Dah namaya dari kelantan mestilah bersungguh semasa beliau menyampaikan ceramah tersebut. Para peserta banyak bertanya soalan dan bagi kami sendiri ini sebagai pengulangan dan remind semula proses pembelajaran semasa di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Pencermah memulakan ceramah dengan menyebut hadis di bawah,
.Firman Allah swt:
“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya”
(Surat Al-An’am: 118)
Dan ada satu perkara yang kami sangat tertarik dengan masjid ini..Masjid ini sangat cantik binaannya. Lokasinya terletak bersebelahan perumahan flat, serta bersebelahan dengan sekolah. Alangkah indahnya suasana masyarakat di sini. Berpagi-pagian dengan menunaikan solat berjemaah di masjid ini dan anak-anak yang pulang dari sekolah singgah menunaikan solat di masjid ini. Benarlah seperti yang berlaku di zaman Rasulullah saw, bahawa masjid menjadi penyatuan masyarakat. Masyarakat di sini saling bekerjasama jika ada apa-apa aktiviti seperti gotong-royong, majlis perkahwinan dan lain-lain.
See. Perumahan tu betul-betul sebelah masjid.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ok. Tamat sesi ceramah. ( Teori )
Next beralih pada sesi praktikal.
( PRAKTIKAL SEMBELIHAN AYAM )
Peserta kursus sembelihan dikehendaki untuk melihat dan mempraktiskan cara sembelihan yang betul. Sebanyak 50 ekor ayam telah dibekalkan untuk disembelih.
Penyembelih professional menunjukkan cara-cara sembelihan yang betul sambil diperhatikan oleh peserta kursus dan kami sendiri.
Kemudian, beberapa orang daripada kami mencuba sendiri melakukan sembelihan ayam.
Pengarah Genius15, Asyraf sendiri menyembelih ayam .
Diikuti timbalan pengarah, Aina dan Aziela. ( Acah-acah je :P )
Sebanyak 50 ekor ayam telah selamat disembelih dengan jayanya. Alhamdulillah.
Kemudian penyembelih professional tersebut menunjukkan cara mudah melapah ayam yang telah disembelih.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seusai proses sembelihan, kami bergerak kepada proses seterusnya iaitu sesi membersih dan melapah ayam untuk dimasak seterusnya dijadikan hidangan makan tengah hari.
Masing-masing gigih bersihkan ayam.
Seterusnya yang terakhir adalah proses memasak. Masing-masing tunjuk bakat terpendam. MasyaAllah enti :P
Hasilnya !! Nyum3.. Sedap kan.. Ayam fresh...lepas sembelih terus masak.
Jangan tunggu lama-lama..
( Ehh,..xnampak ayam.. Dah terkambus -_- )
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maka berakhirlah JM kami yang pertama. Ahli kumpulan yang sangat best ! Serius. Terima kasih atas kerjasama semua ahli dan Dr Luqman yang mencadangkan program ini serta tidak dilupakan masyarakat sekitar Masjid Al Khasyiin yang sangat mesra walaupun kali pertama bertemu.
Mari layan gambar-gambar terakhir kami . :')
Sekian. Nantikan JM kami siri 2 yang lebih menarik dan mencabar.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Jangan lupa tinggalkan komen ya ^^
No comments:
Post a Comment