GENIUS'15

GENIUS'15

Tuesday, 28 April 2015

Meeting Kelapan SMPI1 (Jalinan Masyarakat)

SMPI OSEM !

Pada hari Khamis bertarikh 30 April 2015, kami warga kumpulan 1 JM SMPI telah mengadakan perjumpaan terakhir untuk persiapan program yang akan berlangsung pada hari Sabtu hingga Ahad
(2 Mei-3 Mei 2015).

Perjumpaan ini telah berlangsung di tempat kegemaran kami iaitu di hadapan koperasi Akademi Pengajian Islam.



   Kd pengisian bertanggungjawab memperincikan setiap skop tugasan pic pada hari kejadian.











Training untuk games ukhuwah dalam satu ribbon.. O____O


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perjumpaan kami bermula pada jam 5:15 petang dan berlanjutan hingga hampir jam 7 malam.


Kehadiran penuh. Syabas semua. Pray for us. Doakan program terakhir kami selama 2 hari 1 malam berjalan lancar.

Awesome Team ! :)


Monday, 27 April 2015

JM SIRI 1 : PART 2.0 Coretan Hari Kedua ~

AHAD (26/4/2015)

Assalamualaikum, alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini sekaligus dapat menyambung untuk ke program pada hari ke-2  siri yang pertama Jalinan Masyarakat kami.

Kami memulakan perjalanan dari Akademi Pengajian Islam UM tepat pada pukul 7.30 pagi dan sampai pada pukul 8.00 pagi.



Terdapat sedikit 'mehnah & tribulasi' ketika memulakan perjalanan..Kereta Asyraf kena cat..Larian Colour Me.. Sabo je la.. :(  *Ujian*





Program bermula pada jam 9.00 pagi dan sesi pendaftaran berjalan dengan lancar.
Apabila semua peserta telah tiba, kami menjamu para peserta dan beserta AJK dengan makanan untuk mengisi perut yang masih kosong (sarapan) . Alhamdulillah makanan yang disediakan sesuai dengan selera kami dan sedap pula tu. Terima kasih AJK Masjid yang menolong memasak sempena program ini.





9.00 pagi

Program dimulakan dengan aktiviti Senamrobik yang bertemakan lagu gemuruh dan 'gummy bear'. Oleh kerana lagu tersebut agak rancak, peserta dibawa ke anjung masjid untuk menghormati masjid itu sendiri. Fasi terlibat juga mengajar beberapa cheers yang mudah dan ringkas adaptasi dari cheers MHS 14/15.


Warming up dulu ..



 Dari puncak ingin ke angkasa...

 Menyerlah jauhh dari yang biasa...


 Semangat muka sorang-sorang..





Selesai sudah sesi senam robik. Kemuadian peserta dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing dan diberi sedikit penerangan ringkas tentang permainan 'Station Game'. Peserta dikehendaki pergi ke checkpoint yang ditetapkan dan mengikut arahan penjaga checkpoint.

CHECKPOINT 1 : TELEFON ROSAK
 PIC : Najwatul Adirah, Hidayah, Fakhrul Muiz.

Peserta diminta beratur dalam barisan dan peserta yang paling pandai melukis diminta berada di hadapan. Kemudian peserta yang di belakang sekali dikehendaki mengecam gambar yang ditunjuk oleh fasi yang menjaga checkpoint dan memberitahu rakan di hadapannya sehingga sampai kepada rakan yang paling hadapan. 




                                                       


Hasil lukisan akhir peserta,..

#Resolusi permainan ini adalah supaya kita semua mengambil perhatian terhadap apa yang diberitahu. Di samping itu kita hendaklah menjauhi perbuatan menyebarkan sesuatu yang tidak pasti.




CHECKPOINT 2 : KOTAK BERACUN
PIC : Nurlin Nadia, Wahida Amalin, Hamdan Syakirin.

Kotak dipusingkan seiring dengan alunan muzik lalu peserta yang terpilih ketika muzik dihentikan dikehendaki membuat apa yang diminta oleh fasi. Antaranya ialah lakonan, nyanyian, dan melukis.








#Resolusi daripada permainan ini adalah untuk menguji bakat peserta dan menggalakkan peserta sentiasa bersedia untuk melakukan apa sahaja tanpa ragu-ragu dan malu.


CHECKPOINT 3 : CHEERS ISLAMIC
PIC : Husna Amira, Aziela, Taqiuddin

Peserta diminta membuat satu cheers berkumpulan yang mengandungi unsur-unsur Islamik.



salah satu hasil cheers peserta..

#Resolusi permainan ini adalah untuk memasukkan unsur-unsur Islamik dalam hiburan dan mengukuhkan semangat berkumpulan.


CHECKPOINT 4 : TEKA GAYA
PIC : Ain Asyikin dan Athirah

Seorang wakil kumpulan dipilih untuk melakonkan perkataan Arab yang diberi oleh fasi. Kemudian rakan-rakannya yang lain diminta untuk meneka gaya tersebut sehingga mendapat jawapan yang tepat. Kamus bahasa Arab juga ada disediakan.






#Resolusi permainan ini adalah untuk memperkenalkan beberapa istilah bahasa Arab secara tidak langsung kepada peserta.

CHECKPOINT 5 : KUIZ
PIC : Aina Nadzirah, Syafiqah Nadiah dan Izamuddin

Permainan ini adalah bertujuan untuk menguji pengetahuan peserta terhadap sirah, akhlak dan lain-lain. Peserta diberi soalan dan diminta menyusun jawapan yang diceraikan di atas kertas.





#Resolusi permainan ini adalah untuk menguji ketangkasan peserta mencari jawapan dan juga mempererat kerjasama pasukan.


Semangat cari checkpoint ya dik..



12.00 tengahari

Slot seterusnya ialah slot Ibadah : Azan & Iqamat yang dikendalikan oleh saudara Amir Muzaffar
Beliau menerangkan tentang denifisi Azan & Iqamat dengan cara yang sangat mudah dan Amir menggunakan teknik pembelajaran 2 hala bersama peserta supaya lebih mudah difahami dan wujud komunikasi. Beliau juga ada menayangkan video lengkap bagaimana cara azan & Iqamat yang betol tidak lupa juga doa selepas azan. Pelajar nampaknya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan ingin meghafal doa ini. Seterusnya peserta diminta untuk berada dalam kumpulan masing-masing bersama-sama fasilitator untuk praktikal cara Azan & Iqamat yang betul. Para fasilitator juga bertanggungjawab untuk melihat bacaan murid dan sedaya upaya untuk membantu pelajar menghafal doa selepas azan.






Seterusnya sejurus tamat masa yang diberi setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil untuk pertandingan Azan terbaik.


Beliau merupakan peserta terbaik azan.. MasyaAllah suara dia memang terbaik.. (Y)


1.30 petang
Seterusnya tibalah waktu makan yang ditunggu-tunggu oleh peserta yang kepenatan berlarian ketika station game..




Peserta dan fasi menunaikan solat zuhur secara berjemaah seusai menjamu selera.



2.30 petang
Slot terakhir untuk hari ini dikendalikan oleh saudara Izamuddin, iaitu slot akhlak yang dinamakan 'Islam dalam Muslim'.




Seterusnya slot ini disambung dengan sesi LDK iaitu latihan dalam kumpulan. Setiap kumpulan diberi satu situasi yang berbeza.
Contoh situasi :
 '' Apabila anda pulang ke rumah, anda dapati ramai orang berada di rumah anda dan apabila anda masuk ke dalam rumah, anda melihat adik-beradik anda sedang mengelilingi sekujur tubuh yang ditutupi kain kafan..apakah tindakan anda..? '' :'(


Pandai adik-adik ni berlakon. Kami pulak sedih :(
Dan slot ini merupakan slot yang terakhir untuk hari ini.



4.00 petang
Pada jam 4 petang, peserta dan fasi dijamu dengan hidangan ringan.



4.30 petang
Setelah masuknya waktu Asar, kami semua menunaikan solat fardhu Asar secara berjemaah dan melepaskan peserta pulang ke rumah masing-masing.


5.00 petang
Kami melakukan sedikit post-morteem dan tidak dilupakan sesi bergambar.









SEKIAN. Thanks for reading ^ ^


JM SIRI 1 :PART 1.0 Coretan Hari Pertama ~


SABTU (25/4/2015)

Kami bertolak pada jam 7.30 pagi. Kami mula berkumpul di depan Akademi Pengajian Islam untuk bergerak bersama-sama.




9.00 pagi 

Sesi pendaftaran bermula. Seramai 50 peserta telah datang mendaftar. Kami mengehadkan bilangan peserta berikutan bilangan kami sebagai tenaga kerja hanyalah seramai 22 orang.


Kelihatan pic pendaftaran iaitu saudari Julekkah sibuk mengagihkan fail kepada peserta sementara biro protokol iaitu saudari Ain Asyikin & Athirah mencatat kehadiran peserta.

9.30 pagi

Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh pic pengisian iaitu saudara Nasruddin. Kemudian, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan tertentu mengikut warna fail yang diperolehi ketika pendaftaran.



Kemudian, program ini diteruskan lagi dengan sesi taaruf fasilitator disertai video pengenalan fasilitator yang disediakan oleh biro multimedia.


*xdpt upload video..besar sgt :( *

taaruf fasi.




Untuk sesi 'ice-breaking' di dalam kumpulan, peserta diminta untuk melukis rakan sekumpulannya. Kami dapati peserta sangat berminat dengan sesi melukis ini sehingga melebihi masa yang telah ditetapkan.



                                                             Antara lukisan peserta.

11.30 pagi

Slot seterusnya iaitu slot akidah yang bertajuk 'Beriman dengan Al-Quran' dikendalikan oleh saudari Nurlin Nadia. Beliau menerangkan serba sedikit tentang Al-Quran dan seterusnya peserta diminta untuk berada dalam kumpulan masing-masing. Peserta dibekalkan dengan kertas mahjong dan marker. Mereka diminta menulis semula apa yang mereka faham mengenai Al-Quran sambil dibimbing oleh fasilitator masing-masing. Setiap kumpulan menzahirkan kefahaman dan kekreativitian mereka melalui coretan dan lukisan di atas helaian mahjong tersebut.

                                                 

                           
                     Peserta melukis gambar binatang yang disebut di dalam Al Quran.


Sejurus tamat masa yang diberi, setiap kumpulan diminta membentangkan hasil karya masing-masing. Apa yang menarik perhatian kami adalah mereka berebut-rebut untuk menjadi pembentang.

                                   


Kemudian, kami menunaikan solat zuhur secara berjemaah bersama penduduk sekitar taman ini.



2.00 Petang

Makan tengahari. Makanan telah dimasak oleh ajk masjid dan dihidangkan oleh Saudara Hamdan, Saudari Syarifah Hasanah dan Saudari Syafiqah.









2.30 Petang

Seusai menjamu selera, peserta diminta kembali ke dalam masjid bagi meneruskan slot terakhir pada hari ini, iaitu slot ibadat ' Solat itu mudah ' yang dikendalikan oleh Saudara Fakhrul Muiz.

      
Kemudian, setelah sesi taklimat berikut, peserta diminta untuk mengikut fasi masing-masing ke bilik wudhu' dan membuat amali mengambil wudhuk beserta doa selepas wudhu'.




Seterusnya, mereka diminta untuk melakukan amali solat sambil dibantu oleh fasilitator.




  
                                       


                                                       




4.00 Petang

Slot praktikal solat merupakan slot terakhir pada hari ini. Sebelum pulang ke rumah masing-masing, peserta dihidangkan dengan sedikit minuman ringan.





 Kami semua sempat melakukan post-morteem untuk penambahbaikan hari esok dan seterusnya berangkat pulang ke UM.







SEKIAN. Thanks for reading ^^