GENIUS'15

GENIUS'15

Friday, 27 March 2015

Meeting kedua SMPI1 ( Jalinan Masyarakat )

Bismillah,
Assalamualaikum,

Tarikh : 18 Mac 2015 ( Rabu )
Masa : Jam 9-5 petang
Tempat : Dewan Arif, Fakulti Pendidikan
Masa : Jam 4-5.30 Petang

Kami meneruskan lagi perbincangan kali ini untuk mnentukan projek mana yang akan dilaksanakan nanti memandangkan ada rombakan kecil selepas berjumpa dngan Abang Aziz pada 16 Mac 2015. Namun, carta organisasi tetap sama dan tidak diubah.

Akhirnya kata putus telah di buat dan kami bersepakat untuk mengadakan program di masjid memandangkan program itu memudahkan urusan kami sebagai mahasiswa.

Berikut dibawah ialah hasil perbincangan kami pada hari tersebut yang memakan masa hampir 1 jam setengah :

Nama program : GENIUS ( Generasi Islam Untuk Semua )
Tarikh cadangan : 25/26 April 2015, 2/3 Mei 2015 ( Sabtu dan Ahad )
Objektif program : memupuk rasa cinta cinta surau dalam kalangan anak-anak
Tempat program : di buah dua masjid yang berlainan
Sasaran peserta : Murid sekolah rendah tahap 2 ( 4,5 & 6 )

# Masjid mana akan dibincangkan dengan Dr Lukman Ibrahim, hanya melibatkan 2 buah masjid ( contoh, masjid A setiap hari sabtu dan masjid B setiap hari Ahad )
# Button Badge dan baju program

Pengarah juga telah menetapkan tugasan untuk setiap KD supaya perjalanan program berjalan dengan lancar. Setiap skop tugas setiap KD perlulah di update pada hari itu juga.

Setiap KD juga perlu menyediakan draft belanjawan untuk memudahkan urusan KD Tajaan mencari sumber dana untuk program mega ini/

Setelah 1 jam setengah, kami telah bersepakat untuk menangguhkan pertemuan ini memandangkan kami telah menemui kata putus dan bidang tugas setiap KD pon telah dibentangkan dengan baik oleh Timbalan Pengarah.

Terima Kasih,

No comments: