GENIUS'15

GENIUS'15

Wednesday, 18 March 2015

Blog Berjaya !


Bismillah...Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah keizinannya pada pagi ini 19/3/2015 maka dapatlah Laman Blog Jalinan Masyarakat Kumpulan 1 ini diwujudkan selepas tergendala untuk beberapa kerana kekangan masa yang ada. Meskipun begitu, beberapa pertemuan antara ahli kumpulan  telah berjaya dilaksanakan. Sesungguhnya terhasilnya laman blog ini adalah dengan usaha bersama pelbagai pihak yang terdiri daripada ahli kumpulan sendiri dalam memberikan idea dan input yang berguna untuk tatapan pelayar blog terutamanya pelajar Universiti Malaya. Kami berasa amat yakin bahawa dengan wujudnya laman blog ini maka pelbagai pihak dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai aktiviti-aktiviti semasa yang diadakan bersempena dengan subjek wajib yang perlu diambil oleh pelajar Universiti Malaya iaitu program Jalinan Masyarakat. 
Sebelum kami melangkah dengan lebih jauh lagi, serba sedikit tentang latar belakang kumpulan kami. Kami merupakan kumpulan 1 yang dipimpin oleh Dr. Muhammad Lukman bin Ibrahim. Kumpulan ini dianggotai seramai 22 orang ahli (8 mahasiswa dan 14 mahasiswi) dan dari kos yang sama, SMPI (sarjana muda pendidikan islam) tetapi mempunyai dua pengkhususan yang berbeza iaitu pendidikan islam dan pengajian quran.

Dengan bermulanya gerak kerja ini, kami memohon setiap langkah kami ini dijaga dan diredhai oleh -Nya. Usaha murni ini pasti akan tercapai berkat doa dan komitmen daripada semua ahli kumpulan, penasihat kami dan yang terlibat secara langsung atau pon tidak dengan tanpa rasa jemu dan putus asa. Akhir kalam, saya berharap agar laman blog ini dapat menjadi medan interaktif yang berguna dalam menyampaikan wadah bicara yang berguna untuk tatapan pelayar blog. Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


:: Jalinan Masyarakat kumpulan 1 ::

No comments: